Wednesday, July 28, 2010

Jagung Rebus

Salam sejahtera


Malam tadi rebus jagung ni plak buat ngoyel-ngoyel pas berbuka, alhamdulillah.

Aku kalau dah kenyang makan nasi pun masih gak mencari kudapan sambil nonton TV. Kadang2 jajan anak pun abis aku kerjakan, bila annis tanya..., Umi mana chipsmore kakak?... ala umi makan tadi nanti esok umi beli lagi... hikhikhik..., burok pangai umi dia... hubby selalu gelakkan aku mana ler tak semangat aku nikan...

Si annis lak apa yg aku makan tu ler yg dia nak, banyak lg yg lain tu tak nak plak dia makan saja je annis ni tau... Hubby plak kalau beli brg kemain ler banyak2 tu ada lagi 2 tongkol, kalau esok2 aku buat ler bubur kalau malas rebus je udah. hahaha.....

Minggu lepas gi pasar malam aku beli petai 3papan sekali dia balik beli lagi petai yg ada 5papan, aduhhhh byknyer petai tp dah selamat bwk blk kg aritu. Tinggal la kat umah aku skit untuk aku masak dan buat ulam-ulaman.

Monday, July 26, 2010

Roti Jala


Salam semua,

Hari sabtu yg lalu aku merajinkan diri membuat roti jala, aku buat banyakgak lah sebab nak buat juadah minum petang kat kampung. Lagipun aritu masa aku tepon mak tanya khabar dia kata teringin nak makan roti jala ni....

walaupun rupanya tak cantik tp tetap sedap gak la... ahahaha sendiri bikin ma....

Ni hidangan untuk Cik Abang, sebelom kami balik soh dia makan ni dulu sebab aku tak masak nasi.... tak sempat weiii... menjala ni pun amek masa sejam lebih

Tapi dah cakap awal2 kat dia sebelom gi keje yg aku tak masak nasi.... sabar jelah hehehe...

Digandingkan dengan kari ayam....

Balik je dari pasar terus menggodek tepung... Kang kalau balik kg lambat2 mau muka kakak aku muncung sedepa.... huhu sorry yer kak zai... Dia awal2 dah balik.



Kebetulan lepas maghrib kami sekeluarga ada majlis tahlil, kesyukuran dan juga sempena menyambut Ramadhan tak lama lagi... Alhamdulillah, semua adik beradik ada... seronok kumpul ramai2...

Thursday, July 22, 2010

Masakan Ikan

Salam semua,

Kadang2 aku rasa apalah nak masakkan, ni menu ari selasa malam. Kalau beli pun berbaloikan nak makan dua org jerr. Tapi entahlar nak gak masak, nape org lain masak tak sedap ke? ish2 entah2 lg sedap dr aku masakkan.. haha...

ikan cencaru sumbat ngan masak lemak kobis

Ikan di belah belakang bukan kat perut tau pastu sumbatkan cili yg telah dikisar. Ni memang lauk kegemaran kalau kat umah mak buat sampai 5-6 ekor siap gatah2 lagi.... adusss sedap3

Bahan2 dlm cili:- lada besar, sedikit cili api (suker pedas), bwg merah, garam, belacan, hirisan serai dan daun kunyit, jus limau kasturi

Dah tak sempat...

Kekkeke, aku lupa plak nak masukkan N3 ni... disebabkan aritu hari jadi annis jatuh dihari bekerja lalu aku tak der wat apa2 majlis harijadi hanya kami 3 beranak jer makan2... huhu...

Kek yg aku buat kat kedai.... lalala...

Annis ni jer yg sempat ummi buat dihari lahir Mu...




p/s: Annis dapat hadiah yg cukup bermakna dr Ayah... apa lah tu yer... Tq Ayah


Thursday, July 15, 2010

Anakku Sayang...

Selamat Hari Lahir Anakku...

Ummi n Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk dirimu, semoga menjadi Muslimah dan Bunga Idaman Agama suatu hari nanti. Semoga dilindungi dan diberi Kesihatan oleh Ilahi.

Nur Annisa Khayra bt Kaswadi
15/07/2007
Hospital Serdang, Selangor

Memandang wajah anak membuatkan hati yang gundah menjadi ceria. Merasa bersyukur betapa wajah bening, tulus, tertawa dan menatap wajah kita dengan kasih yang ikhlas. Tidak pernah terbahagi cintanya, tidak pernah ada maksud yang tersurat. Cinta anak pada orang tuanya, cinta suci anugerah Ilahi. Menjadi penenang jiwa dan penguat kehidupan.


Wednesday, July 14, 2010

Selimut Puteh

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Janganlah ada persengketaan dalam hidup kita. Dunia hanyalah Pinjaman, Akhirat juga kita akan dikumpulkan. Menghitung apa yang telah kita lakukan dimuka bumi ini. Aku sangat takut bila mengenangkan KEMATIAN, adakah aku sudah cukup amalan untuk dibawa kesana....

Kadang-kadang aku juga lalai, leka dengan perkara-perkara yg tidak berfaedah. Maafkan daku Penciptaku, adakah amalan ku yang sedikit ini diterima Olehnya yg Esa....

Tuesday, July 13, 2010

Padah Berkata-kata

Mengumpat Yang Dibenarkan


salam sejahtera

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat
adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1.
Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2.
Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencegahnya dari terus melakukannya.

3.
Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4.
Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5.
Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6.
Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.

Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.

Nota Kaki : Terima kasih Ustaz atas ilmu untuk dikongsi bersama. Mengumpat adalah berdosa seperti makan daging saudara sendiri. Dosanya lebih besar dari orang yang berzina. Lidah seperti pedang yang boleh menghancurkan hubungan persaudaraan. Begitu juga dalam kehidupan kita tidak lari dr semua ini.

Aku lebih suker kalau orang buat teguran, sindiran, sapa menyapa secara terbuka. Kerana dr situ mungkin kita akan terasa sedih, pilu, dan rasa macam orang tu terlalu baik untuk menilai kehidupan org lain sedangkan diri meraka sendiri masih terkapa kapai. Apapun aku terima dgn hati yg terbuka... aku akan perbaiki diri ku sendiri mungkin betul apa yg dikata, aku dah tersasar jauh, leka, lalai dalam kehidupan yg fana dan sementara ini...

Aku tidak mahu menjadi Hati Kering apabila orang berkata, sindir menyindir, org tu ngumpat kita... Persoalannya Kenapa? Mesti ada SEBAB... kalau tak Dia yg BERDOSA, Adakah kita mahu org tu mintak maaf dengan kita. Kita jangan terlalu cepat melatah, kita hidup dikelilingi mahluk Allah... mereka nampak dan nilai. "cik Embun semalam aku nampak anak kau yg Boy tu merokok".... adakah kita nak melenting org kata pasal anak kita?.

Aku setakat ni hidup berjiran, alhamdulillah sebab satu baris kiri kanan umah tu semua dari bangsa cina... selamat dr umpat ngumpat. Di barisan depan plak ada satu buah umah melayu dan pangkat kakak la dah gi Makkah pun dan jiran2 belah kiri kanan dia pun bangsa cina maka selamatlah kami dari kata mengata ni.... kalau nak masuk atau kuar umah hanya cakap Hai, Hello, Good Morning dan kdg2 borak lar skit2 jerrr. Untung bila raya cina Anak aku dpt byk Angpau dan limau... hahaha.... Begitulah kehidupan....

Kalau kita nak bergurau pun biarlah bg contoh yg munasabah.... "nasib baik akak tak ngorat laki adik ke laki cik orkid ke?" apa yer aku nak jwb nape tak sebut laki org lain jerrr aduhhhhh......... Kalau betul2 kita tak ada niat nak ngorat laki org nape kita nak bg cth camtu.... Aku jarang sangat bergurau benda2 yg tak betul dr betul cth "oh hari ni khamis la malam jumaat akak zura suker la tu leh M......, eh apa lak akak lak, Pn Dahlia la" (sbb baru kawen setahun lbh) tu pun nak terasa patutnyer suker....

"Pn Ros, sian la kat arwah kan tak dpt kawen 2, nape tanya akak lak? arwah tu suker kat pelakon rozita tu... mrmm.... dari niat nak bergurau terus ada yg bergaduh kang... mampos aku. Entah ar mcm2 lar kehidupan tu belom aku citer psl gaduh adik beradik lg tu mau 4hari 4malam tak abis aku ngomel... ahahaha...

Kalau kita masak kadang2 kita terkena percikkan minyak panas, tengah potong2 bawang terhiris sekali jari jemari kita yg halus mulus tu, tengah pakok2 ayam tepakok ibu jari kita.... "aduhhhh siksanya nak masak erk.... tak yah lar masak benci la dah ler letih ni" kita marah tak? ke nak cincang2 ayam tu lumat2.... nape nak marahkan tu atas kelalaian sendiri. Camni ler kita hidup seharian dr berbual bual, bergurau gurau, usik mengusik terus terkesima.

Aku selalu menangis tapi bukan depan org, Kat mana? dalam bilik air, dalam bilik, dalam kereta, kat dapur..... huhu semua SALAH.... Dari kecik hingga kini mcm2 yg berlaku tapi tu semua mendewasakan malah jadi panduan dlm hidup aku. AKu tidak lari dr sindiran, umpat keji, kata mengata, fitnah dan sebagainya.... Kat siapa aku ngadu kat Ibu, Bapa, Suami, Anak, Adik beradik, saudara mara, kwn2.... BETUL tapi Tak Semua Pekara, kat siapa?....
p/s: Aku selalu rasa tersindir dgn mereka yg selalu ke surau, anak2 kecik dah diajar solat tanpa disuruh pandai buat sendiri, solat maghrib (fadhu) bejemaah ngan anak2, hidup penuh dengan aman damai. Lebih suker sindiran dalam bentuk perbuatan dari perkataan....

Monday, July 12, 2010

Floria 2010 Putrajaya

Semalam tengahari kami ke precint 16 Putrajaya, untuk majlis perkahwinan. Seusai dr situ kami terus ke precint 2... jalan-jalan ke Floria 2010 Putrajaya... Wah ramainyer manusia, aku takut annis wat hal jerr.... nak masuk dalam cabin besar kena lak beratur panjang, aduhhhh... layan je gambor yg sempat aku amek ni....


annis dah start meragam nak tidur, tak mau amek gambar


cantiknyer, sungguh terpesona aku tgk memang original bkn palsu...

Banyak lagi gambar yg aku snap tp cukuplah tu yerr, jom ramai2 gi sana... mcm2 ada dan pelbagai gerai jualan yg dibuka. Manusia teramat lah ramainyerrrr.... Tapi memang puas hati cantik tul bunga-bungaan yg digubah, Keindahan dalam taman yg menarik.... best2... nasib baik freekan... leh dok lama2 lam cabin. Kat luar pun ada macam2 tapi panas sikit lerrr...

Thursday, July 8, 2010

Menu Harian

Salam dihari Khamis...

Ni menu malam tadi, disebabkan semalam tgh aku tak makan... bila suami berbuka aku pun tumpang sekaki, laporrr ngalahkan orang puasa lak... kekkekke... Aku masak cam biasa la kan.... tak der yg special pun. Petai ni pun dah hampir nak menopose, kecut. Pelagi wat la sambal... Kang mau masuk En Tong je kang...rugi2....



Mereka semua dah selamat masuk pewot... jamu mata jer ok.... nak letak resepi pun semua dah pakarkan... huhu....

p/s: kadang-kadang aku tak tau nak masuk N3 apa? sebenarnya niat dihati nak wat blog berniaga tapi dah lari bidang la plak....aduhhhhh

Tuesday, July 6, 2010

Mee Siput Goreng

Salam semua...

Ni menu malam tadi disebabkan tak tau nak masak apa dan tiap2 malam dah makan nasi kerna cik abe berpuasa... cam nak masak mee la plakkan. Tapi ni aku guna mee siput.... haaaaaaaa mee apa tu! sebelom ni aku penah ternampak kat bloggers mana ntah wat mee goreng siput ni. Semalam masa aku pusing2 cari mee kering terjumpa mee ni lalu aku sambar ler sepeket...

Aku dah jatuh cinta ngan mee ni sebab lagi sedap dr mee kuning. Aku tak bape suker mee kuning yg biasa tu sebab kapur dia tu byk sgt la, suami kalau makan pun sikit je tapi yg ni dia makan betambah tambah..... lapar kot...huhu... kalau aku tak jumpa mee ni mesti aku dah wat spaghetti goreng jerr...

*
*
*


Ni la dia Mee Siput

Masa makan ni tanya suami sedap tak, dia kata sedap... aku pun citer la skit psl mee ni, tiba2 dia kata Halal ke? aku ckp ada cop halal dr jbtn agama islam perak... halal la tu kot.... ehhhh blh la camtu yerrrr...


Thursday, July 1, 2010

Alhamdulillah, syukur

Salam semua,

Peringatan! - tak paksa baca yerr sbb citer telalu meleret....


Sekarang aku rasa sangat terharu bercampur gembira kerana.... semua perkara yg selama ini bermain difikiran sudah dpt dirungkai dan dikendalikan dengan baik. Aku tak nafikan rezeki itu dr Allah dan kalau bukan kat sini mungkin ditempat lain. TAPI... tempat baru tak sama dengan tempat yang lama, suasana kerja, majikan yang baik, kawan2 yg baik juga walaupun pendapatan yg aku terima tidak seberapa berbaloi dengan tugas dan kelayakkan aku...

Kini syarikat ini sudah kembali ke asalnya, semenjak pemergian pengarah urusan(ninggal dunia) aku rasa sedih sangat sbb Dia seorang yg sgt2 baik hati... Dia tidak sombong dan mahu berborak dgn kakitangan bawahannya... Dia yg sakit teruk tp khabarku dan anakku yg ditanyanya... Dato' Dr Ir Muha b Hj Pandak Ahmad Jasa Baikmu tidak akan aku lupakan hingga akhir hayatku, semoga Allah merahmatimu disana Amin...

Sepanjang ketiadaan beliau diganti oleh Abangnya dan sykt kami bergabung, 6bulan berada dlm pimpinannya aku tetap gembira dan bersyukur kerna syarikat boleh hidup seperti biasa walaupun ada sedikit ketidakpuas hatian itu namun terima kasih juga kuucap kpd beliau.
Tp sayang dengan sekelip mata sekali lg syarikat tepaksa dibubarkan semula atas beberapa masalah. Sedih juga rasa di hati kerana tepaksa bepisah pula dgn kakitangan yg sblh sana...

Sekarang aku benar2 lega sedikit atas pengalihan sykt yg baru tp masih diasaskan oleh pengarah lama yg lain (sblm ni ada 2 org pengarah).... Apapun harapan aku semoga sykt ni terus hidup dan bersaing maju secara sihat hingga ke mercu yg tertinggi.... Arwah pun mesti gembira melihat apa yg berlaku ni...

Selama 10thn aku bekerja disini macam2 pengalaman idup yg aku tempuh dr aku anak dara skang dah jd ibu... mcm2 pekara yg belaku, benar2 mendewasakan aku. Yg pahit, manis, gelagat kwn2 n bos, kelakar, lucu, sedih, citer2 panas semua ada... tapi kwn2 yg telah besara 8thn yg lalu still contact aku tanya khabar dan perihal sykt ini temasuk yg begelar prinsipal suatu masa dulu. Nak citer lbh2 pun takut berdosa sbb termasuk bab ngumpat2 ni la yg aku paling takut... hahaha...

Tapi disebabkan sykt ni adalah M&E Consultant for construction maka ramailah org lelaki yg keje kat sini pompuan pun ada gak. Tp diorg mmg best n sporting giler. Apa saja citer mmg kami sentiasa kongsi besama tiada rahsia (hal keje la), diorg pecayakan aku sbb aku takkan sampaikan ke pihak atasan cukup sampai disitu jerrr, Huhu...

Tu lah kan kalau kita ikhlas bekerja, tak berpura-pura baik, yg sepatutnya dpt tak dpt, biarlah pembahagian itu sama rata, tidak ada pilih kasih(bulu), suker kipas bos... org keliling memerhatikan jer gelagat kita, org bkn suker diorg benci, nyampah, meluat dan sbgainya... Kita yg makan cili tak leh nak slhkan org... sebab diorg ada pendapat diorg sendiri... betul atau tak kita yg harus perbaiki diri sendiri. Bg aku baik buruk kita org yg nampak n nilai. Aku sendiri pun jadi takut kalau2 ada tindakan atau perbuatan aku yg diorg tak suker....

Tepok Dada Tanya Iman... Begitu juga dgn kehidupan Dulu dr kecik kita Hidup Susah skang kita berubah dah Senang sikit walau tak kaya mana... alhamdulillah. Tapi kalau dulu kita sedikit senang tp makin lama makin susah, itu adalah ujian... adakah kita yg pilih jln itu atau suratan... Tp aku bangga mana2 kwn yg benti dr Sykt ni smua dah berjaya dan kaya raya... Tu semua rezki atas kesabaran dan ketabahan Diorg dulu.

p/s: coretan ini adalah utk peringatan aku apabila berada di atas jgn lupa org bwh, bekerja biarlah ikhlas, jgn lakukan pekara yg tidak baik, rezki yg dicari adalah utk kuarga(skang keje x byk takut dpt rezki tak halal la plak) asik mengular jerrr. Apapun pesanan utk pengurusan baru buatlah yg terbaik utk sykt ini. Jangan biarkan kakitangan sentiasa dalam tidak kepuashatian... memang sukar utk majikan penuhi setiap tuntutan tapi biarlah ADIL. Cam aku ni keje tak seberapa gaji pun bos takut nak naikkan haha... Apapun Terima Kasih Semua.

Aku nak tanya korang yg bekeja, camne cara bos panggil korang? adakah panggil nama atau bg isyarat kenyit mata jerr hihi.......sajer suker2.