Friday, June 24, 2011

Kuey teow ladna


Assalammualaikum, dah makan ke?... mesti puan2 punyer menu best-best hari2kan. Saya seperti biasa la kalau dan malas, dah penat, dah ngantuk…, eh bape banyak punyer dah la… masak jer apa yg berlalu difikiran hikhikhik… gelak sorang… Dah bape harini balik keje kungkang2 kat dapur masak nasi n the geng sebab cik Abe beposa sunat, tak sampai hati plak kalau masak ringkas-ringkas. Tapi malam tadi, saya rasa nak makan kuew teow ladna jelah, senang, mudah dan cepat. Jom kita layan resepinyer yg ringkas itu…


Kuey Teow Ladna

· 1 bungkus kuey teow

· 3 sb minyak

· 1 sb kicap pekat

· 100 gram isi ayam - di potong kecil2

· 2 sb tepung jagung

· 11/2 cawan bunga kobis

· 1 cawan lobak merah

· 2-3 tangkai siew park choy

· 2 bj bawang putih - dicincang kasar

· 2 sb sos tiram

· Sedikit garam dan gula

· 4-5 bj cili api (saya suker pedas)

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan pula ayam, bila nampak agak dah masak sedikit. Masukkan pula air, masak hingga mendidih. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan gula.
  3. Masukkan lobak merah, bunga kobis, sayur hijau dan kacau hingga rata. Masukkan juger hirisan cili api. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Sebaiknya makan ketika masih panas.

Rasa esok lusa cuti nak try buat mee udang lak, ni tengah dok godek blok kengkawan yg baik hati cari resepi sebab seumur hidup tak pernah buat. Hehehe.... letak udang2 banyak pastu keledek lagi aduhhhh teliur sudah........ kalau la ada orang antar sepinggan ke atau ada orang tolong masak ke, alahai untungnya badan kan kan....

Banyak cantek beli kat kedai, tak best diorang tak basuh bersih mee tu, pernah sekali makan mee bandung... tapi meenya keras gedegak......... mrmmmmm... ngada-ngada...


Wednesday, June 22, 2011

zuriat yang berkat

Aku baru jer lepas jenguk blog kak ina.., ummuhusna99.blogspot.com…… berkenaan nilai seutas gelang emas. Ya kita sebagai muslimah wajib menjaga aurat walau dalam apa keadaan. Kita berpakaian tapi seperti telanjang, ish takut jugakkan kalau dengar camtu. Kita rasa dah cukup betul untuk kita berpakaian sopan dan menutup aurat tapi rupanya tak mencapai piawaian rupanya…. Hehehe…. Tak lawak.

Yer betul kekadang kita pakai tshirt lengan pendek, suar jeans ketat dan bertudung rasa macam dah ok rupanya tak ok… aku masih lemah tapi sekarang dah cuba ubah sikit2…. Tudung yang mahal, berenda-renda mengikut trend skang pun tak boleh… tapi yg penting niat kita betul tak… Besederhana itu lebih baik dan jangan berlumba-lumba sape paling cantik.

Berbalik kepada blog tadi, menceritakan kisah seorang muslimah yg hendak bersalin perlu mencari doktor perempuan untuk memeriksanya. Seperti yg kita tahu hanya hospital bayar sahaja yg bila nak bersalin diuruskan sepenuhnya oleh doktor perempuan. Tapi kalau kita betul2 tak mampu, macam mana pula?...., seorang sahabat tu sanggup menggadaikan emasnya demi bersalin di hospital bayar bagi mendapatkan khidmat Dr Perempuan, masyAllah hebat demi untuk zuriat yg berkat. Aku sangat terharu, membaca kisah beliau.

Hospital kerajaan biasanya ada yg dikendalikan doktor perempuan atau lelaki ikut nasib2 la. Doktor pelatih pun kebanyakannya lelaki juga didedahkan aurat wanita untuk pembelajaran mereka. Ish malu tau sebenarnya…, tapi dimana hak kita? Tapi kalau dah sakit berserah je lah kitakan.

Pengalamanku

Alhamdulillah, semasa bersalin anak yg pertama di hospital serdang…, dari mula masuk hingga selesai semua diuruskan olah nurse dan Doktor perempuan.. Ada seorang doktor pelatih yg check bukaan terakhir aku sebelum ditolak ke bilik bedah tu pun perempuan (Cina) nasib baik. Doktor pakar bius pun perempuan dan sangat muda, aku lak rasa macam tak confident… boleh ke doktor ni inject aku ni…, takutnya. Semua yg menguruskan aku semuanya bangsa melayu dan perempuan kecuali doktor pelatih.

Di bilik OT aku rasa sangat takut, tapi nurse2 tu kata jangan takut buat macam biasa, takder apa sekejap jer… diorg tenangkan aku dan check tekanan darah. Doktor juga akan bagitau yg dia dah nak bius, so aku pun baca apa yg patut…. Bila baby dah kuar dan nurse tunjukkan kat aku jantinanya, dia tanya aku nampak tak.., aku angguk dan dia suruh sebut baby apa? bahagian bawah tgh jahit kot…semua dah selesai… hikhik… aku yg kesejukkan. Sebelum doktor beredar, aku sempat mengucapkan terima kasih dan tersenyum padanya. Nurse2 pun sangat-sangat baik belaka, aku rasa cam kawan aku je bila dia tolak aku ruang lain untuk rehat bagi stabil, langsung aku tak takut. Baby dah dibawa keluar bilik OT untuk diserahkan pada suami untuk diqamatkan.

Selepas 45 minit kot aku ditolak keluar sampai pintu dan ada 2 orang nurse yg menunggu untuk dibawa ke wad. Emak, suami dan baby menunggu aku di luar juger…, hehe mcm di airport lak baru keluar pintu ketibaan, ada orang sambut diluar. Selepas 5 hari anak masuk NICU, hospital serdang juger sebab jaundis (kuning) pun diuruskan oleh doktor perempuan. Nasib baik 2 malam jer… Alhamdulillah.

Kini daku sentiasa berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat melahirkan zuriat yg ke-2. Kalau boleh biarlah doktor yg mengendalikan nanti semuanya perempuan. Bukan apa kita perempuan, tidak sepatutnya diuruskan oleh Dr lelaki. Tapi zaman dulu-dulu Dr perempuan memang kurang berbanding sekarang. Di hospital kerajaan kebanyakannya bagi hal-hal bersalin diuruskan oleh Dr Lelaki. Kita yg tak mampu ke hospital bayar, banyak tawakal dan berserah pada Allah. Boleh ke dianggap darurat. Sekarang mungkin di hospital kerajaan, hal-hal bersalin diambil alih oleh Dr Perempuan, perubahan secara perlahan-lahan atau mengikut hospital masing-masing.

Tuesday, June 14, 2011

Gegar.......

Alhamdulillah...., siap satu hidangan makan malam. Mula2 rasa macam nak masak nasi tapi ada syikit malas, lalu wat macaroni goreng jer mudah.... Sambil layan citer Nora Eleena..... hehehe....

Aku suker kalau baca novel@cerpen mesti feeling abis tapi kalau layan kat TV ni macam ada kureng sikit la. Kalau membaca tu kita akan rasa hayal dan berangan, pastu kalau sedih tu sedih sangatkan......., tak sabar nak tunggu ending. Kat TV banyak sangat iklan, nyampah, pastu siaran waktu maghrib.... lagi la..... banyak yg tak tengok....... gerammmmmm


Ok lah layan menu simpleku ini.... huhu.... masak menggunakan bahan yg ada dalam stok jer, men campak2 siap........... grrrrrrrrrrrrr

PEDAS, berasapppppp..............










Aduhhhhhhhh ngantok, nak tidur........ bye.................



"Suami kata tadi ada rasa gegaran tak, aku jawab tak nape?"..., dia kata dia rasa cam begoyang..., ish takutlak aku dengor........ Ya Allah jauhkan la kita semua dari bencana alam, semoga sentiasa dalam perlindunganMU
...

Sunday, June 12, 2011

Satay goreng

Assallamualaikum..... eh dah bulan Jun, kejap je rasa dah 1/2 tahun. Hari berganti hari, bulan berganti bulan..., umur pun makin ler bertambah. Hal2 dunia pun dah macam2 yang berlaku, tak sama masa aku kecik2 dulu..... anak2 sekarang tak sama macam anak2 dulu begitu juga remaja2 sekarang.... takut je aku bila baca berita sana sini.... skang emosi aku cepat je tersentuh tambah2 lagi kes buang bayi, bagaimana perasaan bayi2 yang terbuang itu. Semoga malaikat jer yg jadi penyelamat mereka dan terus bawa ke syurga..... Adakah mereka akan menanti dan menyelamatkan ibubapa mereka dari azab api neraka nanti?, wallahua'lam

TiTiK....




Skang tekak aku betul2 teringin nak makan satay goreng bukan bakar... hik hik, dengan rajin nyer aku memerap dada ayam ni semalaman.
Dada ayam dipotong kecil dan diperap dengan bhn2 blend... serai, bawang kecil, garam, serbuk kunyit dan gula...

*
*
*
*
*




Esoknya boleh la digoreng, sambil tu rebus nasi impit. Sediakan bahan2 untuk buat kuah kacang.......... mrmmmmmmm harumnya.... macam suasana hari raya plak.....


Best2........ suka hati bila dah siap makan bersama kuarga kecilku ini.......... layanzzzzzzzzzzzz


Taraaaaaaaaaaa..............