Assalammualaikum....
Semalam saya balik kampung sebab hantar mak pergi klinik kesihatan check up. Usianya 73 tahun..., ada darah tinggi dah lama, kolesterol pun ada sikit dan sekarang dah ada pulak kencing manis... makan ubat melambak-lambak... tekanan mak semalam pun sangat tinggi 170/95 kot...
Saya tanya mak "nape mak tinggi sangat tekanan ni..., 2 bulan lepas 160 jer".... entah la mak dah control makan... semua pantang..." jawab mak... Doktor pun kata tinggi ni makcik..., siap bg ubat baru lagi...
Tak per la kita dah tua-tua ni memang camtu... badan pun tak kuat sangat..., berat badan dia 44kg je...
Rupanya ada cerita di sebaliknya yg dipendam oleh mak saya...
Masa tunggu amek ubat di farmasi..., dia dah mula cerita... kisah seorang jiran di kampung kami...
Mak kata "ayam selalu bertenggek di atas dahan rambutan jiran sebelah umah..., sebab dahan tu dah masuk ke kawasan rumah kita tu... emak potong sikit dahan tu...(da mintak izin tuan), pastu masuk pulak dan tenggek atas dahan yg berada dlm kawasan jiran tu jugak".. ayam tu tak nak masuk reban...
Mak saya bersihkan rumput2 yg berdekatan dengan pagar rumah jiran tu... langsung tak sentuh pun pagar dia mahupun kepak kan untuk masuk kedalam kawasan jiran tersebut.. Tak tahu macam mana pagar dawai tersebut renggang dan tidak rapat dengan batu sebab bhgn bawah disemen dengan batu bata.
Boleh pulak jiran saya tu bgtau kakak saya yg mak saya renggangkan pagar dawai bhgn bawah tu dan menyuruh anak buah saya masuk untuk menganbil ayam... padahal mak saya tak buat pun camtu... mak pun tak perasan pagar tu jadi camtu... takkan lah nak masuk kawasan orang cara ceroboh camtu kan... tak masuk dek akal lah.
Jiran tu tuduh lagi yg mak saya dok diam jer dalam umah tanpa mahu bersemuka dengan dia... sedangkan masa jiran tu balik (dok KL sesekali balik kg) mak saya memang takde kat rumah.. dok ngan abang saya...
Saya rasa sedih sangat dengan sikap jiran tu yg buat mak rasa bersalah dan susah hati. Jiran tu pun mengadu domba dengan jiran belakang rumah saya... kalau betul mak saya salah mungkin saya boleh terima tapi ni sebaliknya...
Saya bukan nak aibkan sesiapa atau nak burokkan sesiapa tapi saya tak sangka jiran tu sanggup buat camtu. Tanya la mak saya terlebih dahulu sebelum keluarkan kenyataan..., anak buah saya badan besar mana nak lolos masuk bawah pagar tu...
Saya sendri tengok keadaan pagar tu pun tak tau macam mana boleh jadi begitu. Kadang-kadang sedih la dengan masyarakat kita ni..., perkara kecik selalu dibesar-besarkan tanpa rasa bersalah nak tuduh orang macam-macam. Kadang-kadang sampah atau dahan-dahan kecil yg kami punyer bila dia potong sanggup masukkan ke kawasan rumah kami..apa salahnya dia bakar atau letak jer kat tempat dia...
Allah hai susahnya kalau dah terlampau berkira ni.. mak saya kalau bersihkan bhgn belakang... mana2 daun2 kering, dahan2 kecil yg patah masuk ke kawasan rumah kami... mak tak sampai hati nak campak masuk umah sebelah... longgokkan dan terus bakar je... lagi pun tak byk mana kan...
Tulah orang kata rambut sama itam..., hati lain2... kita perlu lebih menjaga hati orang dari menjaga hati kita sendiri. Saya cakap kat mak.." takpe la mak, sabar jer..biar orang buat kita jangan kita sakiti orang..., serah jer pd Allah". Kalau kita tak salah, nape kita nak takut. Diam tak bermakna kita mengalah. Dah toksah pikir2 sangat....
Kalau kita hidup ni sentiasa hormat menghormati, bertolak ansur, berfikiran positif dan jangan selalu sangka burok... mesti bestkan bahgia jer rasa... tapi itulah mungkin ujian untuk kami samada sabar, berdendam atau sentiasa nak rasa menang...
Showing posts with label Hal Diriku. Show all posts
Showing posts with label Hal Diriku. Show all posts
Wednesday, May 23, 2012
Wednesday, July 14, 2010
Selimut Puteh
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Janganlah ada persengketaan dalam hidup kita. Dunia hanyalah Pinjaman, Akhirat juga kita akan dikumpulkan. Menghitung apa yang telah kita lakukan dimuka bumi ini. Aku sangat takut bila mengenangkan KEMATIAN, adakah aku sudah cukup amalan untuk dibawa kesana....
Kadang-kadang aku juga lalai, leka dengan perkara-perkara yg tidak berfaedah. Maafkan daku Penciptaku, adakah amalan ku yang sedikit ini diterima Olehnya yg Esa....
Thursday, July 1, 2010
Alhamdulillah, syukur
Salam semua,
Peringatan! - tak paksa baca yerr sbb citer telalu meleret....
Sekarang aku rasa sangat terharu bercampur gembira kerana.... semua perkara yg selama ini bermain difikiran sudah dpt dirungkai dan dikendalikan dengan baik. Aku tak nafikan rezeki itu dr Allah dan kalau bukan kat sini mungkin ditempat lain. TAPI... tempat baru tak sama dengan tempat yang lama, suasana kerja, majikan yang baik, kawan2 yg baik juga walaupun pendapatan yg aku terima tidak seberapa berbaloi dengan tugas dan kelayakkan aku...
Kini syarikat ini sudah kembali ke asalnya, semenjak pemergian pengarah urusan(ninggal dunia) aku rasa sedih sangat sbb Dia seorang yg sgt2 baik hati... Dia tidak sombong dan mahu berborak dgn kakitangan bawahannya... Dia yg sakit teruk tp khabarku dan anakku yg ditanyanya... Dato' Dr Ir Muha b Hj Pandak Ahmad Jasa Baikmu tidak akan aku lupakan hingga akhir hayatku, semoga Allah merahmatimu disana Amin...
Sepanjang ketiadaan beliau diganti oleh Abangnya dan sykt kami bergabung, 6bulan berada dlm pimpinannya aku tetap gembira dan bersyukur kerna syarikat boleh hidup seperti biasa walaupun ada sedikit ketidakpuas hatian itu namun terima kasih juga kuucap kpd beliau.
Tp sayang dengan sekelip mata sekali lg syarikat tepaksa dibubarkan semula atas beberapa masalah. Sedih juga rasa di hati kerana tepaksa bepisah pula dgn kakitangan yg sblh sana...
Sekarang aku benar2 lega sedikit atas pengalihan sykt yg baru tp masih diasaskan oleh pengarah lama yg lain (sblm ni ada 2 org pengarah).... Apapun harapan aku semoga sykt ni terus hidup dan bersaing maju secara sihat hingga ke mercu yg tertinggi.... Arwah pun mesti gembira melihat apa yg berlaku ni...
Selama 10thn aku bekerja disini macam2 pengalaman idup yg aku tempuh dr aku anak dara skang dah jd ibu... mcm2 pekara yg belaku, benar2 mendewasakan aku. Yg pahit, manis, gelagat kwn2 n bos, kelakar, lucu, sedih, citer2 panas semua ada... tapi kwn2 yg telah besara 8thn yg lalu still contact aku tanya khabar dan perihal sykt ini temasuk yg begelar prinsipal suatu masa dulu. Nak citer lbh2 pun takut berdosa sbb termasuk bab ngumpat2 ni la yg aku paling takut... hahaha...
Tapi disebabkan sykt ni adalah M&E Consultant for construction maka ramailah org lelaki yg keje kat sini pompuan pun ada gak. Tp diorg mmg best n sporting giler. Apa saja citer mmg kami sentiasa kongsi besama tiada rahsia (hal keje la), diorg pecayakan aku sbb aku takkan sampaikan ke pihak atasan cukup sampai disitu jerrr, Huhu...
Tu lah kan kalau kita ikhlas bekerja, tak berpura-pura baik, yg sepatutnya dpt tak dpt, biarlah pembahagian itu sama rata, tidak ada pilih kasih(bulu), suker kipas bos... org keliling memerhatikan jer gelagat kita, org bkn suker diorg benci, nyampah, meluat dan sbgainya... Kita yg makan cili tak leh nak slhkan org... sebab diorg ada pendapat diorg sendiri... betul atau tak kita yg harus perbaiki diri sendiri. Bg aku baik buruk kita org yg nampak n nilai. Aku sendiri pun jadi takut kalau2 ada tindakan atau perbuatan aku yg diorg tak suker....
Tepok Dada Tanya Iman... Begitu juga dgn kehidupan Dulu dr kecik kita Hidup Susah skang kita berubah dah Senang sikit walau tak kaya mana... alhamdulillah. Tapi kalau dulu kita sedikit senang tp makin lama makin susah, itu adalah ujian... adakah kita yg pilih jln itu atau suratan... Tp aku bangga mana2 kwn yg benti dr Sykt ni smua dah berjaya dan kaya raya... Tu semua rezki atas kesabaran dan ketabahan Diorg dulu.
p/s: coretan ini adalah utk peringatan aku apabila berada di atas jgn lupa org bwh, bekerja biarlah ikhlas, jgn lakukan pekara yg tidak baik, rezki yg dicari adalah utk kuarga(skang keje x byk takut dpt rezki tak halal la plak) asik mengular jerrr. Apapun pesanan utk pengurusan baru buatlah yg terbaik utk sykt ini. Jangan biarkan kakitangan sentiasa dalam tidak kepuashatian... memang sukar utk majikan penuhi setiap tuntutan tapi biarlah ADIL. Cam aku ni keje tak seberapa gaji pun bos takut nak naikkan haha... Apapun Terima Kasih Semua.
Aku nak tanya korang yg bekeja, camne cara bos panggil korang? adakah panggil nama atau bg isyarat kenyit mata jerr hihi.......sajer suker2.
Subscribe to:
Posts (Atom)