Showing posts with label Kad ucapan. Show all posts
Showing posts with label Kad ucapan. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Sebuah kemaafan


Salam Aidiladha... rasanya belum terlambat. Ya, begitu mudah kemaafan yang dipinta sedangkan hati ini terluka... terluka di atas penghinaanmu...

Ya, sudah pasti saya memaafkan... mungkin boleh dibuang dari kaca cermin... tapi sentiasa terpahat kuat dihati ini... bagaimana mahu melupakan...

Ya, berdoa dan berserah pada yg Esa... itu sudah pasti... sentiasa memohon kekuatan diri darinya... Berdendamkah saya... oooo tidak itu bukan saya.

Ya, saya memohon berilah sedikit waktu yang singkat ini untuk saya mengubati luka dihati... syukur alhamdulillah, satukan hati kami di Hari yg Mulia...

Itulah Pengorbanan 2011 yang tak mungkin saya lupakan...

Terima kasih Allah, Ya Rasullullah...






Wednesday, October 26, 2011

Sweet lizahanum


Assalammualaikum... tadi tengah jalan-jalan blok kengkawan. Masuk umah lizahanum, rupanya 2nd anniversary dianyer blog. Jom ramai-ramai kita jenguk blog dia. Banyak ilmu yg bermanfaat dan sesuatu yg boleh dikongsi bersama.... InsyAllah.



Sunday, September 18, 2011

Salam Bersiaran...


Assalammualaikum


Rasanya masih berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin.

Sudah lama tak bersiaran dan merisik khabar disini erk.

Alhamdulillah kami sekeluarga sihat adanya.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur rasul

Salam Maulidur Rasul 1432H

Semoga kita sentiasa dibawah perlindungan Ilahi. Sesiapa yg sentiasa berselawat dan memperbesarkan hari keagungannya... moga2 kita mendapat syafaat dihari Akhirat kelak InsyaAllah...












Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


Selamat Hari Raya Aidilfitri kuucapkan kepada semua yang mengenali diri ini dan juga kenalan serta pengunjung blog ku yg tak seberapa ini. Mohon Maaf Zahir dan Batin semoga keberkatan ramadhan dan kemuliaan syawal akan tersemadi indah di dalam sanubari kita... InsyaAllah.

Monday, August 9, 2010

Bulan Yg Mulia

Assalammualaikum wbt....

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga Ramadhan kali ini memberi banyak manfaat pada kita semua. Maaf Dipinta atas segala keterlanjuran kata-kata, penulisan yang tidak disengajakan, perlakuan tersurat dan tersirat.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



Assalammualaikum dan Selamat Hari Guru

Di ucapkan kepada seluruh guru-guru di Malaysia terutama kepada cikgu2 yg pernah mendidik aku suatu masa dahulu. Jasa dan pengorbananmu amat bermakna dalam hidupku akan dikenang sepanjang zaman. Terima kasih cikgu.