Tuesday, September 7, 2010

Biskut raya

Salam semua...,

meh kita buat biskut raya plak..., almond london ngan tat nenas. Buat sendiri lg puas hati kot..., resepi ni aku amek kat MYR tapi resepi asal dari Cik Mat Gebu kita yg hebat itew...., tima kasih kerna sudi berkongsi resepi yg sedap ini.... huhu... layanzzzzzzzzzz

Bahan-bahannya
125 butter
225 g tepung gandum

70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
Badam

Bahan hiasan
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang sekejap

Cara-cara membuatnyer
  1. Badam dibakar, jangan lama sangat nanti hangus.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi celupkan dalam coklat yg telah dicairkan dan masukkan ke dalam paper cup. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Siap


Tat nenas sebelum dibakar
Bahan-bahannya
230 gram butter
400 gram tepung gandum
40 gram tepung kastard
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel bujur
Kuning telur untuk disapu

Cara membuatnyer
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan.

Alhamdulillah siap sudah biskut kegemaran aku yg dibuat setiap tahun. Nanti malam kalau rajin nak buat cornflakes madu plak...., tu jer yg tau dan senang nak buat. Pas tu beli kepek2 dan kekacang... buat lebih kasi mak n mak mentua sebagai buah tangan.

Sunday, September 5, 2010

Dodol@Gelamai...

Salam ramadhan

Hari ni kan dah 26Ramadhan jadi jadi kami sekeluarga dah berpakat nak buat dodol. Itupun kakakku yg gigih sangat nak buat, kalau ikut selera aku ni tak ler minat sangat tapi kalau dah ada makan gak ler sikit..., suker yg cair2 tu.... wah nikmat2. Tapi nak membuatnyer penuh kekuatan dan kena kerah tenaga......

orang2 kuat tengah mengacau..., kami start lambat dalam kul 4ptg sebab takut dah pekat kami tak larat nak ngacau tu pun tak ramai yg nolong kami jer adik beradik dan ipar.. hehe belengas gak lah..., puasa...

Kak saljuqaseh datang menolong..., ni dah gelap ni nak ujan....., mana nak lari.

Alhamdulillah, akhirnya jadi gakler dodol kami itu tapi pic tak cantik ler pulak pakai H/p jer...., huhuhu....... aduhhhhhhhhhh penat.... tika berbuka lom masak lagi ni kami gilir2 kacau.... 9.30mlm baru siap masak...

Wednesday, August 25, 2010

Indahnya puasa

Salam semua...

Kita ni bila berpuasa semuanye nampak sedap dan nak makan pun sedap2kan. Aku kadang2 bila pas berbuka selalu ckp kat anak walaupun dia kecik lom ngerti tentang kehidupan tapi aku nak gak membebel kat dia.

Kita ni Allah soh puasa sebab boleh merasa kesusahan..., macam mana rasa lapar org yg tak makan. Bila nonton TV perihal palestin, banjir di pakistan sedih..., sedih sangat dengan keadaan orang islam di sana.

Kita di Malaysia sebut jer nak makan apa, semua ada...., kadang2 sampai dah membazir lar pulak. Dah kekenyangan nak solat pun liat.

Ok lah ni juadah berbuka puasa kami sekeluarga... itupun pening pikir nak masak apa..., ringkas2 jer udah. Hari2 pun masak tapi kalau dah malas tahap gaban baru gi PARAM beli lauk tunjuk2. Huhu....

kueh2 yg dibeli di PARAM

Udang goreng kunyit (asalnyer nak wat butter prawn tp dah malas)

Masak lemak pucuk manis

Pastu buat sambal dan ulam timun...., tu pun dah cukup membuatkan aku makan penuh berselera. Camne nak kurus ni...., aduhhhhh kena puasa 3 bulan kot baru kurus.... hehehe....

Sunday, August 22, 2010

Apa pilihan kita...

Salam semua.... masih berpuasa atau ada yg dah berbuka di siang hari..., biasalah tu kita org pompuan yer tak... aku setakat ni alhamdulillah masih full mintak2 ler cukup sebulan ehhhh nape lak??????..... miahahaha....

Ok lah arini nak citer pasal apa yerrr...., Antara lobak, telur dan kopi mana satu pilihan kita. Mestilah semua tukan kita pilih sebab nak hidup kita mesti makan dan benda tu semua satu keperluan. Betul3 (Ipin n Upin ckp)...,

Kat umah biasa dah takder benda nak wat aku rajin gaklah membaca, ok ni dr pembacaan majalah Anis keluaran bulan 8. Saja nak berkongsi ilmu.

"Maya hampir putus asa dengan masalah demi masalah. Satu masalah berlalu, masalah lain pula yg datang bertalu-talu. Perasaan marah, sedih, malu, takut, benci, meluat, geram semua ada....sehingga merasakan semua derita adalah miliknya..., lalu mengadu pada Ibunya. Segala masalah diluahkan dengan perasaan sedih dan Siibu amat prihatin mendengar tanpa byk bicara".

"Setelah abis mendengar Ibu bawa Maya ke dapur dan diambil 3 benda ini... Lobak, telur dan kopi. Lalu didihkan air dlm 3 periuk yg berasingan, lalu dimasukkan bahan2 td ke dalam periuk tersebut apa yg terjadi?"...,

Lobak merah yg mulanya keras sudah menjadi lembik, Telur pula, sebelum dimasukkan ke dlm air mendidih..., kulitnya rapuh melindungi isi dalam yg lembut tp setelah itu dia menjadi keras berbanding sebelumnya. Serbuk kopi pula sebelum dikisar ia sgt keras. Tapi setelah menjadi serbuk, ia sangat mudah larut dalam air mendidih. Sifat pepejal hilang dan seolah-olah mengalah kepada air panas namun ia berjaya mengubah warna, rasa dan bau yg harum. Wah sedapnya air kopi cap......, hahaha

Apa yg kita boleh pelajari dr sifat makanan berbanding jatidiri manusia. Aku lepas baca ni terfikir sejenak byk persamaan dalam diri aku.... Kadang2 sifat itu lembut sangat seperti salju dan mungkin sifat telur tapi kadang2 sekelip mata menjadi keras..... ishish bahaya2....pastu menangis seperti mengalah...., dr hati yg keras menjadi lembut seperti serbuk kopi... bukan lobak la kot tp kalau makan sedap banyak vitamin.


"Lobak - Keras dengan warna yg gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila dilanda ujian serta cabaran kehidupan... meratap sepanjang hayat atas malang yg menimpa diri. Mencari-cari siapa yg harus dipersalahkan".

"Telur - memiliki hati yg lembut tetapi menjadi keras bila dilanda ujian serta cabaran kehidupan? Luarannya spt tidak berubah tetapi dalamannya menjadi keras spt wujudnya satu tembok untuk membalas dendam kesumat..., kepada mereka2 yg membuatkan kita menjadi susah dan derita"'.


"Kopi - tidak pernah hilang jatidiri walaupun telah dikisar dan dimasukkan dalam air mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian yg mendatang tidak mengubah jatidirinya. Kepasrahannya menerima apa jua yg mendatang, tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dr matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi. Dari pengalaman menghadapi 'kepanasan' mampu pula membimbing org lain".

Tapi bukan senangkan nak jadi cam kopi tu penuh dengan kekuatan jiwa jua. Banyak betul pengalaman yg aku tgk dan lihat sendiri dalam ahli kerluarga dan sanak saudara. Hanya mampu aku ucapkan banyaklah bersabar dan berserahlah kepada Allah. Kesian tengok diorang, Allah bagi kita ujian atas kemampuan yg kita ada...

nota diri: Terima kasih pd pn sofiyah@ satuyah rasin sudi berkongsi ilmu. Sangat menjadi panduan dalam hidup aku sekeluarga. Aku ni mempunyai sifat yg berubah-ubah tak tau mana satu yg banyak dalam diri ini mungkin telur atau kopi..., hehe tapi 3 sifat benda ini tak banyak sikit memang ada dalam hidup kita tapi perlu kuat untuk membawa sifat2 itu pd kebaikan.

Thursday, August 19, 2010

Sambal goreng....


Juadah berbuka semalam, sekadar berkongsi jer tau..., manalah tau kot ada sape2 pening nak makan apa dan nak masak apa?....

Balik keje awal so sempat lah aku masak ni pun kejap jerr dah siap...., ok layanzzz

Masak lemak ketam cili api

sambal goreng

Sambal goreng ni plak tak cukup bahan2nya spt tempe, tauhu...., malas nak ke kedai semata-mata nak beli tu jer tp tetap masak mengikut bahan apa yg ada.... menderhaka skit pd resepi yg asalnya....., huhuhu.....

Tuesday, August 17, 2010

Popia Goreng

Salam semua,

Kejap jer kan dah seminggu kita berpuasa..., alhamdulillah semoga amalan kita diterima olehNya.

Malas nak membebel, layan jer juadah yg aku buat ni. Sape2 teringin buat ler nanti petang erk, hehehe....

Popia sayur-sayuran, goreng ketika nak hampir berbuka kalau
tak dia lembik tak bape sedap

Kepok lekor tengganu pemberian kakakku, sedap byk ikan dr tepung.


Nota diri: Kebiasaannya kami sekeluarga masa berbuka akan makan ringan2 dulu spt air, kurma, buah, kueh mueh dulu dan selepas solat maghrib baru makan nasi..., bukan apa takut nanti dah kekenyangan mulalah berat nak solat.... hubby plak kata tak bleh makan kenyang2 sangat nanti tak larat nak terawih la pulak... hai macam2 ler kisahnya... belum ada rasa lagi kueh mueh dibazar nanti esok2 kita cuba kueh yg aku malas nak buat... juger kueh yg pelik2kan...

Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)




Nota diri: Tazkirah untuk diri sendiri. Ilmu baik yg kita dapat harus diamalkan agar jadi makanan dalam hati. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah... InsyaAllah.