Monday, October 17, 2011

kejam betul

Malam tadi ketika saya bersama anak sedang menonton buletin utama TV3 dan sambil makan malam.

Suatu tragedi sungguh menyayat hati hingga saya menitiskan airmata melihatnya…

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun digilis 1 van & 1 lori.

Orang awam seramai 18 orang yg lalu disitu hanya melihat tanpa memberi sebarang bantuan… taktau manusia jenis apa la tu…

Kenderaan ke-2 yg melanggar tu adakah buta mata atau buta hati…

Kesian sungguh kanak2 tu… Allahuakbar…

Saya kalau memandu kereta, kalau boleh elak memang akan elak tak kira kucing ke, anjing ke, sampah ke…

Ni dah terang2 seorang budak kecil…

Kejadian berlaku ni China, 2 pemandu tu dah ditangkap…

Haih kenapa la manusia sekarang ni hilang pertimbangan, tiada nilai kasih sayang dan mempunyai sifat perikemanusiaan... Saya sangat benci orang-orang macam ni...


Tak sampai hati nak download video tu kat sini.



Wednesday, October 5, 2011

Majlis kesyukuran

Sekitar Majlis Kesyukuran & Aqiqah Muhammad Ammar...

Alhamdulillah, majlis untuknya telah kami laksanakan pada usianya genap 55hari pada 11hb September 2011 (raya ke-13) . Syukur kepada Allah dan majlis berjalan dengan lancar kerana awal paginya agak mendung hujan seketika. Tapi tengaharinya langit kembali cerah hingga ke petang.

Ramai juger tetamu yg hadir tapi sayangnya ummi tidak sihat ketika itu, demam raya huhu… gambar pun tak banyak yg disnap, siayah sibuk pula dengan urusan cik kambing.




en. suami sedang mandikan cik kambing dengan air limau... huhu..., sejukkkkkkkk. Tukang sembelih pakcikku sendiri. Terima kasih.






Barang-barang kelengkapan untuk cukur rambut dan belah mulut(manisan)







si annis sedang tengok adik dalam buaian... huhu seb baik tak cemburu adik naik buai. Ammar pun best jer dok dalam buaian tak nangis dan terus tidur. Mengantuk kot dengar orang ramai berzanji dan berselawat....huhu... syok2....... si ayah ada disisi tolong buaikan. Mana gambar ummi... huhu sedih takder orang amek gambar saya...........












Buaian yg saya buat sendiri menggunakan kain batek lepas (panjang)... senang tak yah moden sangatkan. Annis tanya masa saya buat ni, nape buat untuk ammar... yelah nanti lepas adik cukur jambul kena naik buailah. Dulu2 masa annis baby ummi buat jugak camni, takder lebih takder kurang... dia senyum jer..... sayang anak-anak ummi, semoga jadi anak yg terbaik dunia & akhirat... InsyAllah.



Alhamdulillah, selesai sudah. Terima kasih pada semua yg dapat menghadiri dan jiran2 yg tolong masak. Adik-beradik, ipar duai dan anak2 saudara yg membantu. Mak mertua yg sudi datang walau jauh. Pada makku yg bersusah payah membantu.







Monday, September 26, 2011

Newborn


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniannya.

Kini Muhammad Ammar telah berusia 2 bulan lebih, selamat dilahirkan di Hospital Serdang pada 19hb Julai 2011 jam 6.50pm.

Dan pertama kalinya saya berpantang di bulan Ramadhan. Pantang pun tak pantang sangat ler sebab bila en somi beli makanan untuk berbuka, saya rasa semuanya nak dimakan mengalahkan orang berposa, huahua... 2 minggu je kot yg betul2 berpantang lebihnya tu saya makan ikut perasaan kecuali ais batu. Tu pun mak dtg umah jaga saya dalam pantang. Malas nak balik kampung... huhu... Seb baik perot baby tak meragam (sebab ummi suker makan pedas2)....

Kelainan sangat2 bila tidak berpuasa dan esoknya menyambut Syawal. Orang lain berhari raya atas kemenangan berpuasa sebulan sedangkan saya berhari raya sebab nak makan hidangan sedap2 jerk.. Tahun ni juger saya tak pergi beraya melainkan dok umah layan tetamu jer, kakakku dah siapkan semuanya... saya cuma nak hidangkan saja jika ada tetamu datang.

Raya ke-3 kami sekeluarga balik umah mertua di Tanjong Karang. Lepas itu kami sibuk, sebab nanti nak buat majlis aqiqah si Ammar.

Si kakak(annis) yg sangat2 sayang pada adiknya tapi semua barang2 dia seperti stroller, baju2 dia masa baby.. si adik tak boleh pakai... puas ler saya memujuk... adik dapat hadiah, dia yg sibuk nak bukak... Tidur pun tak nak ngan ayah nak jugak ngan saya, ahaha cemburu.... Time adik nenen, time tu ler dia sibuk nak susu siap nangis3 kalau tak dilayan serta lambat kehendaknya tak dituruti...

Ok lah nanti kita citer lagi...

Sunday, September 18, 2011

Salam Bersiaran...


Assalammualaikum


Rasanya masih berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin.

Sudah lama tak bersiaran dan merisik khabar disini erk.

Alhamdulillah kami sekeluarga sihat adanya.

Friday, June 24, 2011

Kuey teow ladna


Assalammualaikum, dah makan ke?... mesti puan2 punyer menu best-best hari2kan. Saya seperti biasa la kalau dan malas, dah penat, dah ngantuk…, eh bape banyak punyer dah la… masak jer apa yg berlalu difikiran hikhikhik… gelak sorang… Dah bape harini balik keje kungkang2 kat dapur masak nasi n the geng sebab cik Abe beposa sunat, tak sampai hati plak kalau masak ringkas-ringkas. Tapi malam tadi, saya rasa nak makan kuew teow ladna jelah, senang, mudah dan cepat. Jom kita layan resepinyer yg ringkas itu…


Kuey Teow Ladna

· 1 bungkus kuey teow

· 3 sb minyak

· 1 sb kicap pekat

· 100 gram isi ayam - di potong kecil2

· 2 sb tepung jagung

· 11/2 cawan bunga kobis

· 1 cawan lobak merah

· 2-3 tangkai siew park choy

· 2 bj bawang putih - dicincang kasar

· 2 sb sos tiram

· Sedikit garam dan gula

· 4-5 bj cili api (saya suker pedas)

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan pula ayam, bila nampak agak dah masak sedikit. Masukkan pula air, masak hingga mendidih. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan gula.
  3. Masukkan lobak merah, bunga kobis, sayur hijau dan kacau hingga rata. Masukkan juger hirisan cili api. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Sebaiknya makan ketika masih panas.

Rasa esok lusa cuti nak try buat mee udang lak, ni tengah dok godek blok kengkawan yg baik hati cari resepi sebab seumur hidup tak pernah buat. Hehehe.... letak udang2 banyak pastu keledek lagi aduhhhh teliur sudah........ kalau la ada orang antar sepinggan ke atau ada orang tolong masak ke, alahai untungnya badan kan kan....

Banyak cantek beli kat kedai, tak best diorang tak basuh bersih mee tu, pernah sekali makan mee bandung... tapi meenya keras gedegak......... mrmmmmm... ngada-ngada...


Wednesday, June 22, 2011

zuriat yang berkat

Aku baru jer lepas jenguk blog kak ina.., ummuhusna99.blogspot.com…… berkenaan nilai seutas gelang emas. Ya kita sebagai muslimah wajib menjaga aurat walau dalam apa keadaan. Kita berpakaian tapi seperti telanjang, ish takut jugakkan kalau dengar camtu. Kita rasa dah cukup betul untuk kita berpakaian sopan dan menutup aurat tapi rupanya tak mencapai piawaian rupanya…. Hehehe…. Tak lawak.

Yer betul kekadang kita pakai tshirt lengan pendek, suar jeans ketat dan bertudung rasa macam dah ok rupanya tak ok… aku masih lemah tapi sekarang dah cuba ubah sikit2…. Tudung yang mahal, berenda-renda mengikut trend skang pun tak boleh… tapi yg penting niat kita betul tak… Besederhana itu lebih baik dan jangan berlumba-lumba sape paling cantik.

Berbalik kepada blog tadi, menceritakan kisah seorang muslimah yg hendak bersalin perlu mencari doktor perempuan untuk memeriksanya. Seperti yg kita tahu hanya hospital bayar sahaja yg bila nak bersalin diuruskan sepenuhnya oleh doktor perempuan. Tapi kalau kita betul2 tak mampu, macam mana pula?...., seorang sahabat tu sanggup menggadaikan emasnya demi bersalin di hospital bayar bagi mendapatkan khidmat Dr Perempuan, masyAllah hebat demi untuk zuriat yg berkat. Aku sangat terharu, membaca kisah beliau.

Hospital kerajaan biasanya ada yg dikendalikan doktor perempuan atau lelaki ikut nasib2 la. Doktor pelatih pun kebanyakannya lelaki juga didedahkan aurat wanita untuk pembelajaran mereka. Ish malu tau sebenarnya…, tapi dimana hak kita? Tapi kalau dah sakit berserah je lah kitakan.

Pengalamanku

Alhamdulillah, semasa bersalin anak yg pertama di hospital serdang…, dari mula masuk hingga selesai semua diuruskan olah nurse dan Doktor perempuan.. Ada seorang doktor pelatih yg check bukaan terakhir aku sebelum ditolak ke bilik bedah tu pun perempuan (Cina) nasib baik. Doktor pakar bius pun perempuan dan sangat muda, aku lak rasa macam tak confident… boleh ke doktor ni inject aku ni…, takutnya. Semua yg menguruskan aku semuanya bangsa melayu dan perempuan kecuali doktor pelatih.

Di bilik OT aku rasa sangat takut, tapi nurse2 tu kata jangan takut buat macam biasa, takder apa sekejap jer… diorg tenangkan aku dan check tekanan darah. Doktor juga akan bagitau yg dia dah nak bius, so aku pun baca apa yg patut…. Bila baby dah kuar dan nurse tunjukkan kat aku jantinanya, dia tanya aku nampak tak.., aku angguk dan dia suruh sebut baby apa? bahagian bawah tgh jahit kot…semua dah selesai… hikhik… aku yg kesejukkan. Sebelum doktor beredar, aku sempat mengucapkan terima kasih dan tersenyum padanya. Nurse2 pun sangat-sangat baik belaka, aku rasa cam kawan aku je bila dia tolak aku ruang lain untuk rehat bagi stabil, langsung aku tak takut. Baby dah dibawa keluar bilik OT untuk diserahkan pada suami untuk diqamatkan.

Selepas 45 minit kot aku ditolak keluar sampai pintu dan ada 2 orang nurse yg menunggu untuk dibawa ke wad. Emak, suami dan baby menunggu aku di luar juger…, hehe mcm di airport lak baru keluar pintu ketibaan, ada orang sambut diluar. Selepas 5 hari anak masuk NICU, hospital serdang juger sebab jaundis (kuning) pun diuruskan oleh doktor perempuan. Nasib baik 2 malam jer… Alhamdulillah.

Kini daku sentiasa berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat melahirkan zuriat yg ke-2. Kalau boleh biarlah doktor yg mengendalikan nanti semuanya perempuan. Bukan apa kita perempuan, tidak sepatutnya diuruskan oleh Dr lelaki. Tapi zaman dulu-dulu Dr perempuan memang kurang berbanding sekarang. Di hospital kerajaan kebanyakannya bagi hal-hal bersalin diuruskan oleh Dr Lelaki. Kita yg tak mampu ke hospital bayar, banyak tawakal dan berserah pada Allah. Boleh ke dianggap darurat. Sekarang mungkin di hospital kerajaan, hal-hal bersalin diambil alih oleh Dr Perempuan, perubahan secara perlahan-lahan atau mengikut hospital masing-masing.

Tuesday, June 14, 2011

Gegar.......

Alhamdulillah...., siap satu hidangan makan malam. Mula2 rasa macam nak masak nasi tapi ada syikit malas, lalu wat macaroni goreng jer mudah.... Sambil layan citer Nora Eleena..... hehehe....

Aku suker kalau baca novel@cerpen mesti feeling abis tapi kalau layan kat TV ni macam ada kureng sikit la. Kalau membaca tu kita akan rasa hayal dan berangan, pastu kalau sedih tu sedih sangatkan......., tak sabar nak tunggu ending. Kat TV banyak sangat iklan, nyampah, pastu siaran waktu maghrib.... lagi la..... banyak yg tak tengok....... gerammmmmm


Ok lah layan menu simpleku ini.... huhu.... masak menggunakan bahan yg ada dalam stok jer, men campak2 siap........... grrrrrrrrrrrrr

PEDAS, berasapppppp..............










Aduhhhhhhhh ngantok, nak tidur........ bye.................



"Suami kata tadi ada rasa gegaran tak, aku jawab tak nape?"..., dia kata dia rasa cam begoyang..., ish takutlak aku dengor........ Ya Allah jauhkan la kita semua dari bencana alam, semoga sentiasa dalam perlindunganMU
...