Tuesday, September 28, 2010

Aktiviti hari raya

Pergi beraya di bagan lalang dan singgah amek angin sepoi-sepoi bahasa di pantai jap...., air laut surut plak kalau tak boleh tumpang mandikan...., hehehe...... ni raya ke-5

































Kemudian pergi beraya rumah kakakku di sungai buloh pd hari raya ke-9, dia ada buat doa selamat maka kami bermalam di sana. Esoknya kami ke nurseri bunga sebab ada akak aku yg gila bunga..., haaih orang sibuk dok beraya dia leh ajak aku gi beli bunga katanya kat sana murah apalagi aku pun tumpang sekaki membeli bunga.

Memang semua cantik2 tak tau mana satu nak beli tapi apa2 hal pun kena tengok budget dulu...., kwang3.... aku sambar 2 pokok bunga kertas, 2 pasu dan 4 keping rumput mutiara dah cukup....

Wednesday, September 22, 2010

Demam Raya

Assalammualaikum semua...., rindu nak berceloteh kat sini tetapi tuan umah demam ler plak selepas cuti selama seminggu (10hari). Kalau ikutkan hati nak je tambah cuti lagi tapi rasa tanggungjawab ku langkahkan jua kaki ini ke opis...... aduyaiiiiiii..... ni ler akibatnya terlalu banyak makan lemang, rendang, tapai, air berais, air gas....bila gi beraya cuaca panas bila msuk keta sejuk kuar balik aaaa panas..., aduhhhh sakit kepala.......

Putriku jua demam., batuk, selsema.... aduh kesian. Pada minggu pertama raya alhamdulillah semua berjalan lancar, syukur pada ilahi. Dalam kegembiraan berhari raya aku tetap sedih mengingati arwah abahku dan orang yg telah tiada. Rindu nak kucup tangan abah bilalah agaknya yerrrrr semoga Allah mencucuri rahmat pada arwah abah tersayang......

Makan2, minum2, jalan2..., melayan tetamu yg datang berkunjung dirumah ibuku sememangnya penat (biasanya kat kg raya pertama hingga ke-4 ada open house kalau org dtg atau kita ke umah org akan diberi makan yg berat2 kalau 2, 3 umah aduhhh kenyang bangat ni....) tapi seronok kerana ianya setahun sekali kami bersua muka, berbual-bual mesra, ada juga saudara jauh yg datang menjemput untuk majlis perkahwinan... minggu depan dah start plak org kawen yer....

Walaupun poket Ummi n Ayah semakin menyusut TAPI poket sianak makin menebal..., alhamdulillah rezeki anak. Gambar hari raya pun banyak juga yg disnap tapi takder plak mood nak masukkan dalam n3 simpan dlm gobok jelah....ahahahaha..... 3hari dirumah mertua 4hari di rumah ibuku...

Bila dah tak bape sihat ni nak gi beraya pun dah malas, byk open house kenalan, jiran2 yg kami tak pergi dok umah je melayan perasaan. Nak masak pun ala2 jer janji kenyang, cik abg alhamdulillah sihat cuma batuk2 manja je..., diapun dah start posa sunat 6...., aku bila plak?????... uhhhh memang liat. Ngantuklah pas makan ubat nak lelap jap...., atas kerusi pun ok jerrrr........zzzzzzzzzzzzz


nota kaki: ada satu lagi perkara yg merunsingkan pikiran..., aduh nampak gaya aku dok umah jelah pasni menternak lemak. miahahaha.... sedih memang sedih tapi itu suratan kehidupan Rezeki ada dimana-mana InsyaAllah.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


Selamat Hari Raya Aidilfitri kuucapkan kepada semua yang mengenali diri ini dan juga kenalan serta pengunjung blog ku yg tak seberapa ini. Mohon Maaf Zahir dan Batin semoga keberkatan ramadhan dan kemuliaan syawal akan tersemadi indah di dalam sanubari kita... InsyaAllah.

Biskut raya

Salam semua...,

meh kita buat biskut raya plak..., almond london ngan tat nenas. Buat sendiri lg puas hati kot..., resepi ni aku amek kat MYR tapi resepi asal dari Cik Mat Gebu kita yg hebat itew...., tima kasih kerna sudi berkongsi resepi yg sedap ini.... huhu... layanzzzzzzzzzz

Bahan-bahannya
125 butter
225 g tepung gandum

70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
Badam

Bahan hiasan
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang sekejap

Cara-cara membuatnyer
  1. Badam dibakar, jangan lama sangat nanti hangus.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi celupkan dalam coklat yg telah dicairkan dan masukkan ke dalam paper cup. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Siap


Tat nenas sebelum dibakar
Bahan-bahannya
230 gram butter
400 gram tepung gandum
40 gram tepung kastard
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel bujur
Kuning telur untuk disapu

Cara membuatnyer
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan.

Alhamdulillah siap sudah biskut kegemaran aku yg dibuat setiap tahun. Nanti malam kalau rajin nak buat cornflakes madu plak...., tu jer yg tau dan senang nak buat. Pas tu beli kepek2 dan kekacang... buat lebih kasi mak n mak mentua sebagai buah tangan.

Sunday, September 5, 2010

Dodol@Gelamai...

Salam ramadhan

Hari ni kan dah 26Ramadhan jadi jadi kami sekeluarga dah berpakat nak buat dodol. Itupun kakakku yg gigih sangat nak buat, kalau ikut selera aku ni tak ler minat sangat tapi kalau dah ada makan gak ler sikit..., suker yg cair2 tu.... wah nikmat2. Tapi nak membuatnyer penuh kekuatan dan kena kerah tenaga......

orang2 kuat tengah mengacau..., kami start lambat dalam kul 4ptg sebab takut dah pekat kami tak larat nak ngacau tu pun tak ramai yg nolong kami jer adik beradik dan ipar.. hehe belengas gak lah..., puasa...

Kak saljuqaseh datang menolong..., ni dah gelap ni nak ujan....., mana nak lari.

Alhamdulillah, akhirnya jadi gakler dodol kami itu tapi pic tak cantik ler pulak pakai H/p jer...., huhuhu....... aduhhhhhhhhhh penat.... tika berbuka lom masak lagi ni kami gilir2 kacau.... 9.30mlm baru siap masak...