Sunday, October 30, 2011

Pergi checkup

Assalammualaikum.....

Pada 24hb oktober 2011 yg lalu bawak budak kecik ni gi checkup kat hosp serdang. Tengok tu dak kecik baru 3 bulan dah menyiarap dalam buai... sangat lasak bila tidur, letak bawah dah pandai ngerengkan badan dia. Pastu tak pandai pusing telentang balik.... pelagi ngamuk...






Ni tengah tunggu nak amek ubat kat farmasi ada pulak cik jagung datang kasi belon kat ini budak... annis teruja dapat belon... ummi sempat lagi amek gambar... kuikui....

Sempena apa erk, saya pun tertanya-tanya...... oooooooohhhhhhh...











Jaga dan sayangilah jantung anda.




Mula-mula dapat 1 kat dalam klinik kanak-kanak, pastu kat luar dapat lagi satu... sape suruh ummi yg suruh... hehehe, sebab dia hanya bg pada budak2 sahaja.. orang tua boleh pandang jer... annis salam 2 kali la ngan cik jagung.... tak malu......








Jangan selalu makan makanan yg berlemak sesekali takper beli teringin... kihkih. Haritu tekak rasa cam nak makan bubur, stok pulut hitam pun ada lalu inilah hasilnya... ummmmm sedap, minum waktu petang..... tak abis masuk peti ais esok makan lagi, sejuk-sejuk, nyaman je masuk ini tekak.. alhamdulillah.





Wednesday, October 26, 2011

Sweet lizahanum


Assalammualaikum... tadi tengah jalan-jalan blok kengkawan. Masuk umah lizahanum, rupanya 2nd anniversary dianyer blog. Jom ramai-ramai kita jenguk blog dia. Banyak ilmu yg bermanfaat dan sesuatu yg boleh dikongsi bersama.... InsyAllah.



Wednesday, October 19, 2011

Menjaga lidah


(Tanyalah Ustaz TV9)

Jagalah anggota ini dengan baik. Jangan mengeluarkan kata-kata yg boleh menyinggung perasaan orang. Berbicaralah dengan perkara yg berfaedah.

Lidah ini akan bersuara kelak tanpa berselindung sepatah pun.

Banyakkan berzikir, bertasbih dan berselawat .




(image cik googel)


Ustaz kata kita tidak boleh membunuh haiwan sesuka hati kecuali ianya mendatangkan bahaya dan kemudaratan.

Semutpun kalau boleh jangan dibunuh, sebab kita tak tau mungkin haiwan tu tengah bertasbih lalu kita bunuh... kan kesian. Semua haiwan/mahluk tuhan pun bertasbih tapi mengikut cara mereka. Kalau kita nak bunuh boleh tapi jangan sampai menyiksa kerana camna derita haiwan tu camtulah esok kita disiksa di akhirat.

Ayam kul 3 pagi dah bangun berkokok, mungkin dia sedang berzikir memuji tuhan... sedangkan kita dok marah dia sebab bising ganggu kita nak tidur...

Subhanallah, betul gakkan kita tak tepikir langsung benda tu. Sedangkan haiwan pun pandai bermunajat malam2 pada Allah.. kita yg lemah iman ni dok lengkor dalam selimut lagikan. Kalau sejuk2 tu siap tarik balik selimut.. subuh gajah la jawabnya.



ingatan untuk diri sendiri...



Monday, October 17, 2011

kejam betul

Malam tadi ketika saya bersama anak sedang menonton buletin utama TV3 dan sambil makan malam.

Suatu tragedi sungguh menyayat hati hingga saya menitiskan airmata melihatnya…

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun digilis 1 van & 1 lori.

Orang awam seramai 18 orang yg lalu disitu hanya melihat tanpa memberi sebarang bantuan… taktau manusia jenis apa la tu…

Kenderaan ke-2 yg melanggar tu adakah buta mata atau buta hati…

Kesian sungguh kanak2 tu… Allahuakbar…

Saya kalau memandu kereta, kalau boleh elak memang akan elak tak kira kucing ke, anjing ke, sampah ke…

Ni dah terang2 seorang budak kecil…

Kejadian berlaku ni China, 2 pemandu tu dah ditangkap…

Haih kenapa la manusia sekarang ni hilang pertimbangan, tiada nilai kasih sayang dan mempunyai sifat perikemanusiaan... Saya sangat benci orang-orang macam ni...


Tak sampai hati nak download video tu kat sini.



Wednesday, October 5, 2011

Majlis kesyukuran

Sekitar Majlis Kesyukuran & Aqiqah Muhammad Ammar...

Alhamdulillah, majlis untuknya telah kami laksanakan pada usianya genap 55hari pada 11hb September 2011 (raya ke-13) . Syukur kepada Allah dan majlis berjalan dengan lancar kerana awal paginya agak mendung hujan seketika. Tapi tengaharinya langit kembali cerah hingga ke petang.

Ramai juger tetamu yg hadir tapi sayangnya ummi tidak sihat ketika itu, demam raya huhu… gambar pun tak banyak yg disnap, siayah sibuk pula dengan urusan cik kambing.




en. suami sedang mandikan cik kambing dengan air limau... huhu..., sejukkkkkkkk. Tukang sembelih pakcikku sendiri. Terima kasih.






Barang-barang kelengkapan untuk cukur rambut dan belah mulut(manisan)







si annis sedang tengok adik dalam buaian... huhu seb baik tak cemburu adik naik buai. Ammar pun best jer dok dalam buaian tak nangis dan terus tidur. Mengantuk kot dengar orang ramai berzanji dan berselawat....huhu... syok2....... si ayah ada disisi tolong buaikan. Mana gambar ummi... huhu sedih takder orang amek gambar saya...........












Buaian yg saya buat sendiri menggunakan kain batek lepas (panjang)... senang tak yah moden sangatkan. Annis tanya masa saya buat ni, nape buat untuk ammar... yelah nanti lepas adik cukur jambul kena naik buailah. Dulu2 masa annis baby ummi buat jugak camni, takder lebih takder kurang... dia senyum jer..... sayang anak-anak ummi, semoga jadi anak yg terbaik dunia & akhirat... InsyAllah.



Alhamdulillah, selesai sudah. Terima kasih pada semua yg dapat menghadiri dan jiran2 yg tolong masak. Adik-beradik, ipar duai dan anak2 saudara yg membantu. Mak mertua yg sudi datang walau jauh. Pada makku yg bersusah payah membantu.