(Tanyalah Ustaz TV9)
Jagalah anggota ini dengan baik. Jangan mengeluarkan kata-kata yg boleh menyinggung perasaan orang. Berbicaralah dengan perkara yg berfaedah.
Lidah ini akan bersuara kelak tanpa berselindung sepatah pun.
Banyakkan berzikir, bertasbih dan berselawat .
Ustaz kata kita tidak boleh membunuh haiwan sesuka hati kecuali ianya mendatangkan bahaya dan kemudaratan.
Semutpun kalau boleh jangan dibunuh, sebab kita tak tau mungkin haiwan tu tengah bertasbih lalu kita bunuh... kan kesian. Semua haiwan/mahluk tuhan pun bertasbih tapi mengikut cara mereka. Kalau kita nak bunuh boleh tapi jangan sampai menyiksa kerana camna derita haiwan tu camtulah esok kita disiksa di akhirat.
Ayam kul 3 pagi dah bangun berkokok, mungkin dia sedang berzikir memuji tuhan... sedangkan kita dok marah dia sebab bising ganggu kita nak tidur...
Subhanallah, betul gakkan kita tak tepikir langsung benda tu. Sedangkan haiwan pun pandai bermunajat malam2 pada Allah.. kita yg lemah iman ni dok lengkor dalam selimut lagikan. Kalau sejuk2 tu siap tarik balik selimut.. subuh gajah la jawabnya.
ingatan untuk diri sendiri...
No comments:
Post a Comment