Wednesday, October 5, 2011

Majlis kesyukuran

Sekitar Majlis Kesyukuran & Aqiqah Muhammad Ammar...

Alhamdulillah, majlis untuknya telah kami laksanakan pada usianya genap 55hari pada 11hb September 2011 (raya ke-13) . Syukur kepada Allah dan majlis berjalan dengan lancar kerana awal paginya agak mendung hujan seketika. Tapi tengaharinya langit kembali cerah hingga ke petang.

Ramai juger tetamu yg hadir tapi sayangnya ummi tidak sihat ketika itu, demam raya huhu… gambar pun tak banyak yg disnap, siayah sibuk pula dengan urusan cik kambing.




en. suami sedang mandikan cik kambing dengan air limau... huhu..., sejukkkkkkkk. Tukang sembelih pakcikku sendiri. Terima kasih.






Barang-barang kelengkapan untuk cukur rambut dan belah mulut(manisan)







si annis sedang tengok adik dalam buaian... huhu seb baik tak cemburu adik naik buai. Ammar pun best jer dok dalam buaian tak nangis dan terus tidur. Mengantuk kot dengar orang ramai berzanji dan berselawat....huhu... syok2....... si ayah ada disisi tolong buaikan. Mana gambar ummi... huhu sedih takder orang amek gambar saya...........












Buaian yg saya buat sendiri menggunakan kain batek lepas (panjang)... senang tak yah moden sangatkan. Annis tanya masa saya buat ni, nape buat untuk ammar... yelah nanti lepas adik cukur jambul kena naik buailah. Dulu2 masa annis baby ummi buat jugak camni, takder lebih takder kurang... dia senyum jer..... sayang anak-anak ummi, semoga jadi anak yg terbaik dunia & akhirat... InsyAllah.



Alhamdulillah, selesai sudah. Terima kasih pada semua yg dapat menghadiri dan jiran2 yg tolong masak. Adik-beradik, ipar duai dan anak2 saudara yg membantu. Mak mertua yg sudi datang walau jauh. Pada makku yg bersusah payah membantu.







2 comments:

  1. saya masih belum buat untuk twin bb saya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Rizziela, sudi singgah sini. Bestnya ada twin baby...

    Salam kenal dr saya.

    ReplyDelete