Thursday, December 30, 2010

Tahniah dan Selamat Tahun Baru 2011

Assalammualaikum... rindunya nak berceloteh dan merepek-repek kat sini... hehehe.

Apa khabar semua? kejap jekan kita dah nak meninggalkan tahun 2010 dan melangkah ke tahun 2011. Agak-agak dah tercapai ke cita-cita tu, apapun kita tutup buku lama dan bukak buku baru. Banyak tul kenangan dan pekara yg takleh aku lupakan di tahun ini.... sedih ada gembira ada apapun hidup perlu diteruskan.

Sebelum terlupa aku ingin mengucapkan tahniah kpd pasukan Malaysia yg berjaya mengalahkan pasukan lawan... sonok bukan main aku tgk diorg beraksi, memang best.... alhamdulillah. Tadi dengar radio sinar fm ada yg kata... kita makan lauk GARUDA ulam budu.... huhu.... aku ketawa sorang2....HARIMAU MALAYA dah menang.... moga kemenangan itu dapat dikekalkan sampai bila2. Yang paling seronok lg esok Hari Jumaat.... PM umum CUTI.... Yahooooooo...... Ntah2 hadiah Tahun Baru 2011...

Bila ujung tahun org sana sinun citer perihal BONUS, Aku pernah gak merasa tapi tu mungkin awal dan terakhir dapat bonus kot sekali seumur hidup, pasni jgn berangan la nak dpt.... tunggu Bonus dr cik abang jelah tiap2 tahun tupun tunggu raya cina... huhuhu. Cuti 3hari ni mana ye nak pergi , badan ni rasanya nak tidur je dr pagi sampai ke petang dan sambung ke malam leh gitew. Ish burok tul pangai aku ni erk, ok lah setakat ni jelah kot. Bye2, jumpa lagi tahun depan yer kalau panjang umur.

TAHNIAH MALAYSIA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2011