Sebelum maghrib aku pun godek ler bahan2 utk wat kek gula hangus.... wat 1/2 adunan jer, utk ngoyel2 keesokannya. Resepi ni aku amek kat umah kak nor67 yg femes itew.... secubit garam (tima kasih kak). Aku ikut sebiji-biji tp sarang dia tetap tak mau jd tp still ok lar sedap n lembut. Selalu gak ler wat kek ni sebab senang tp sarang tak menjadi.... aduhhhh sedih. Mungkin adunan harus diperap lbh lama, aku perap 1/2jam jer malas nak tunggu lama2 nanti lambat masak. Hehehe alasan.... jom layan resepi ini.
bahan-bahannya:-
125gm butter
4bj telor
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
1 cwn air panas
1 1/4 cwn gula
2 sd kecil soda bikarbonat
Cairkan butter dan sejukkan. Buat gula hangus dan masukkan 1cwn air (sejukkan). Telur dikacau saja tanpa dipukul hingga cair dan masukkan susu pekat. Bila sebati masukkan butter td, tepung dan soda yg telah diayak bersama dan akhir sekali gula hangus. Kemudian bakar menggunakan api bawah sahaja. 170c 40-45minit.
memang kena perap lama kalau nak sarang dia cantik...
ReplyDeleteain pun selalu masak kek ni...
sedapppp....
Terima kasih ain singgah sini. Betul tu nak kena perap dan tunggu lama2 tu yg malas tu. Hehehe....
ReplyDeleteApapun dah selamat masuk pewot.