Friday, November 26, 2010

26hb November 2005


Assalammualaikum, pe kabar semua sihat ke?....

Ok lah hari ni adalah hari istimewa dalam hidupku, ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5thn. Alhamdulillah, semoga rumahtangga yg dibina penuh dengan kasih sayang dan berkekalan hingga ke syurga..., InsyAllah.

Ni adalah hadiah pemberian dr hubby tercinta...hehehe, tak mintak pun tapi org nak bagi kita terima jerrrr... terima kasih abang. Dia kata 2in1, "hadiah utk ulangtahun perkahwinan dan hadiah hari lahir aku yg jatuh pd 3hb December nanti".

*
*
*
*
*

Haritu aku dok pikir nak bg hadiah apa plak kat hubby... Hari lahir Dia jatuh pd 11hb December nanti. Aduhhhhhhh......

TAPI sekarang aku dah ada Hadiah yg sungguh BERMAKNA DAN LEBIH BERNILAI dr SEGALANYA......, Syukur padaMU Tuhan, Thank you Allah...
Alhamdulillah.... semoga selamat hendaknya....



agak-agak apa la hadiah misteri yg aku nak bg kat hubby tu erkkk takper sama-sama kita tunggu dan lihat yer...



Thursday, November 11, 2010

Kek gula hangus

Salam semua... haihhh aku dah tak tau nak masuk n3 apa kat umahku ini. Macam2 juger ler aktiviti masak-masak dan jalan-jalan yg dibuat tp aduh mls tahap gaban daaaa.... nak amek gambar pun malas, berat montot.... Hanya dok merayap blog kengkawan jer, semalam balik keje awal, perotpun masih kenyang sebab kawan lama dtg opis ajak gi makan KFC...tocer3. Singgah pasar malam beli juadah untuk tn besar dan pn kecik jer..... huhuhu...., bonda dah kenyang.

Sebelum maghrib aku pun godek ler bahan2 utk wat kek gula hangus.... wat 1/2 adunan jer, utk ngoyel2 keesokannya. Resepi ni aku amek kat umah kak nor67 yg femes itew.... secubit garam (tima kasih kak). Aku ikut sebiji-biji tp sarang dia tetap tak mau jd tp still ok lar sedap n lembut. Selalu gak ler wat kek ni sebab senang tp sarang tak menjadi.... aduhhhh sedih. Mungkin adunan harus diperap lbh lama, aku perap 1/2jam jer malas nak tunggu lama2 nanti lambat masak. Hehehe alasan.... jom layan resepi ini.


bahan-bahannya:-

125gm butter
4bj telor
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
1 cwn air panas
1 1/4 cwn gula
2 sd kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan sejukkan. Buat gula hangus dan masukkan 1cwn air (sejukkan). Telur dikacau saja tanpa dipukul hingga cair dan masukkan susu pekat. Bila sebati masukkan butter td, tepung dan soda yg telah diayak bersama dan akhir sekali gula hangus. Kemudian bakar menggunakan api bawah sahaja. 170c 40-45minit.