Sunday, April 10, 2011

Pengalamanku

Assalammualaikum…

Alhamdulillah.., syukur padaNya kita masih bernafas. Pengalamanku mengandung kali ini, kini usia kandungan sudah masuk minggu ke -24. Kandungan kali ini sangat aktif dan setiap saat aku merasai tendangannya walaupun masih kecil berbanding mengandung anak yg pertama. 7 bulan ke atas baru aku merasai kehadirannya…

Ketika di awal kandungan dulu dan kini memang aku tidak mempunyai alahan dan seperti aku tidak merasai seperti hamil. Tau2 perut dah membesar jer 9 bulan…huhuhu…, Tetapi untuk bersalin saja aku mengalami masalah. Kehamilan pertama, aku bersalin secara ceasar kerana air ketuban dah pecah awal selepas 10jam pintu sangat2 lambat bukak walaupun telah dimasukkan ubat…. Aduh sakitnya…allah jer lah yg tau… memang aku ngeri nak bersalin…. Misi kata sabar, tarik nafas panjang2 dan dia bantu aku bg oksigen…Tak tau lg apa ayat yg nak dibaca kerana terlampau sakit… sehingga bila suami masuk aku cakap rasa cam nak mati jer sambil nangis2… hahaha…, Bila dah selamat semuanya baru kuar dr bilik OT untuk dibawa ke wad... baru mampu tersenyum tgk misi dan suamiku... sampai misi kata" barulah nak senyum"... citer lama.

Citer baru…, minggu lepas hari khamis ketika di opis aku langsung tak terasa yg darah dah kuar .. Tgh nak gi solat dan ketika buang kecil aku dapati suar abis basah dengan darah… aku dah cuak sebab hari tu masa scan Dr ckp uri bawah so kena hati2 dan bila kuar darah jer cepat2 gi Hospital… Tepon suami bgitau… aku nak terus gi Hospital tak leh buku merah tak bawak dan takut nak drive sensorang.

Malam pas maghrib dah siap makan2 semua kami bertolak ke Hospital Serdang…, sampai sana takder byk soal aku disuruh masuk untuk pemeriksaan. Cek apa yg perlu dan cek jantung baby…ok… tunggu untuk pemeriksaan Dr saja…. Org sgt ramai ok sampai wad dah penuh… ketika dikatil menunggu giliran, org sebelah aku dah sakit nak bersalin…Dr pecah air ketuban disitu tanpa bawa ke labour room… Dia kata jgn teran dulu… cpt2 bawa ke labour room… oh sungguh senang org tu nak bersalin….(tak yah msk wad) Yg aku tgh dok berdoa jgn kena tahan kat wad…ahahaha… risau Annis wat hal kat luar ngan ayahnya….

Ada misi Tanya aku nape tak pergi dekat Hospital Kajang.., (dkt ngan umah) aku cakap kat sini lebih selesa nak puji lebih2 malas plak…(pengalaman bersalin anak pertama di sini) tapi servis kat hosp serdang memang yg terbaik aku rasakan misi dan Dr semua pompuan…dan lemah lembut berbudi bahasa memang yg TERBAIK… Cuma nak tunggu Dr cek tu jer amek masa…. Aku kena paham org ramai… Swasta aku tak mampu! 5ribu tu lebih baik simpan untuk beli kambing wat aqiqah...

Datang Dr Melayu & Dr Cina, Ketika aku di Scan.., malu ahaha… sebab scan atas bawah.. nak tau punca pendarahan… ketika scan bawah aku rasa sakit sangat bila alat tu dimasukkan… Dr kata sorry puan…, aku rasa lega… bila dia ckp cmtu… pastu dia kata uri ok normal kedudukan tapi ada seketul daging lebihan haa per tu aku dah takut… Dr Wang kata tunggu kejap tunggu lg sorang Dr… (sambil tu aku disoal siasat samada ada jatuh, angkat bnda berat @ besama suami..jawapannya tiada)…Dr melayu lain plak dtg scan perut, Dia ckp omputih pastu sekali lg scan bawah dan sedut daging ketul tu…, 2 org Dr yg cek aku tu…, tiada nurse@Dr pelatih, selamat dr bahan ujikaji... Dr tu kata sorry puan sakit sikit tapi kalau sakit sgt bgtau… tapi kalau Hosp lain cakap aduh jer dah kena marah...., 10 minit siap…. Aku lega… tunggu sekejap utk amek buku merah dan dpt appointment akan dtg, dpt MC dan boleh balik… LEGA….. kul 12.00 mlm siap, anak dan suami tunggu aku kat hall… Annis elok jer main2 kat luar sambil tgk TV…

Dah jom balik, boleh tidur sedap2 kat umah.... hehehe... alhamdulillah... wahai anak dalam perot jgn nakal2 doakan ummi selamat melahirkan mu nanti... kita sama-sama berjuang.... InsyAllah. Tengah menaip ni pun baby dok jogging dalam perutku so sweeet........

3 comments:

  1. Assalam Zura..semoga kesihatan bertambah baik,insyaALLAH..Banyakkan bersabar yea,semoga dipermudahkan segalanya lebih2 lagi di saat melahirkan nanti,amin..mak et doakan selamat semuanya..

    ReplyDelete
  2. hihi
    semoga anak dan ibu sihat
    jom la kita sama2 berjuang2 dan semoga dipermuahkan
    amin

    ReplyDelete
  3. Wsalam Mak-et..

    Terima kasih wahai sahabatku yg jauh dimata dekat dihati. Salam kebahgiaan utk dirimu sekeluarga jua.

    TQ Tinie..., InsyAllah, semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete