Monday, May 30, 2011

Sekadar renungan

99 Menuju Kesempurnaan Dalam Iman

01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam; 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.. Berlakulah adil dalam segala urusan ;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46.. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi ;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang ;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61.. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan .
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan k emamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

& Lastly

no. 100. Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.
Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday.
Ameen

ps- saya terlupa amek dr blog mana tapi dah mohon keizinan untuk paparkan disini.


Tuesday, May 24, 2011

Menanti hari...


(image cik google)

Alhamdulillah, kini usia kandunganku sudah 30 minggu @ 7 bulan. Perot pun dah semakin berat…. Hari-hari kena tendang ngan baby, bila benjol rasa macam siku atau lutut dia agaknya… hehehe… pinggang pun dah rasa sakit2, bila nak bangun punya le susah terutama bila malam, bangun sebab nak pi bilik air.. memang kerap setiap malam…

Hari ahad baru ni, seb baik keadaan umah ok dan aku baru jer abis masak… tiba2 ada orang beri salam, cakap ngan anis dok diam jgn jenguk…, sekali bila aku intai kat celah langsir, 2 orang nurse tgh tercegat kat luar……waaaaaaaa, aku kelam kabut siap mana yg patut… tekezut, diorang datang tak bagitau…aduhhhhh

Diorang cek buku merah, tekanan darah tinggi dan ukur perot…. Kebetulan suami pulak takder dia gi kelas kat kolej komuniti. Aku hairan gak padahal baru jer khamis lepas gi check-up kat klinik ni dah dtg umah plak….. Rajin tul la diorang nikan patut ler ada Hari Jururawat…, ahad pun keleja maa…. Aku disuruh keje hari sabtu pun liat giler…. Bagus lah diorang ni…puji lagi.

Minggu lepas aku gi hospital serdang check-up dan tgk keputusan dari darah yg diambil semasa bleeding hari tu…, Dr kata ada jangkitan kuman tapi jgn risau tak lah membahayakan baby sebab ada air ketuban. Tapi kalau dah sampai waktu nak bersalin nanti dan ada turun darah sikit2 kena cepat gi hospital takut jangkitan pergi kat baby… diorang akan bagi antibiotic…, seriau jer aku dengor… teringat kesakitan bersalin dulu...

(image cik google)

Lama dah tak scan baby rasa cam nak gi scan jer, last scan hari tu pd 23 minggu kat azzahrah bangi… Scan kat hosp serdang hari tu hanya tgk uri jer dan pangkal rahim.

Suami dah beli kain utk buat baju melayu dia dan untuk annis sekali. Annisnya dah aku tempahkan, kat kg murah sikit. “Dia tanya aku, tak beli baju raya ke? Huhu dengan bangganya aku jawab ada tu sepasang (dah lama beli) tak yah la kot beli banyak2 lagipun dalam pantang… dok umah jer layanz TV… tu pun kalau panjang umur, InsyAllah.

Berat badan dah 65 kg, misi tanya dalam sebulan naik sampai 2.5kg…, makan apa, nasi lemak ke hari2… aku mampu tersenyum jer…huhu… nak wat camner makan selera jer. Kurangkan karbohidrat, lebihkan sayur-sayuran dan buah…. Makan dah macam2 tapi HB tetap rendah nape erk pelik aku... kena makan daging n kerang hari2 ke baru ok....mrmmmm.


Dulu-dulu takder blog takleh nak celoteh, skang mcm2 nak tulis tapi untuk diri sendiri ler dan untuk tatapan anak-anak untuk esok hari...

Thursday, May 5, 2011

TAG dihari ini

Assalammualaikum…, hari ni wat tag lak…. Terima kasih pada mak-et semoga persahabatan kita dialam maya ini berkekalan hendaknya.

1.Bekas kekasih saya adalah seorang :
Kawan masa sekolah dari form 1 hingga Dia abis buat Diploma di Politeknik, tadak jodoh… huhu sedih…

2.Saya sedang mendengar :

Sinar FM.. suker dengar celoteh kak engku...

3.Mungkin saya patut:

Menyanyi bersama atau tutup radio takut bos marah… haha…

4.Saya suka :

Tidur dikala ini, bestnya… kalau kat umah besantai santai jer depan TV

5.Sahabat baik saya :

En Kaswadi Hamzah dan Cik Nur Annisa Khayra

6.Saya tak faham :

Kenapa orang suka mengata dan memperlekehkan kekurangan yg ada pd orang lain. Sedarlah olehmu bahawa tiada yg sempurna di dunia ini.

7.Saya kehilangan :

Duit dan ianya berlaku di rumah emak ketika itu ada majlis perkahwinan. Aku mengehtahui siapa yg amek tapi tidak mampu bersuara. Hanya airmata peneman setia. Percaya ada hikmah yg tersembunyi.

8.Ramai yg bertanya :

Rasanya takder kot, persoalan biasa2 jer… Hehehe….

9.Makna nama saya :

Tak tau la pulak tapi sama ada baik@buruk namaku itu rasanya tak bape penting. Yang penting kita sebagai manusia harus tau tasusila kehidupan.Dulu ibubapa jarang yg cek erti nama anak pakai letak jer sekarang ibubapa sentiasa memastikan nama anak mempunyai maksudnya yg terbaik….


10.Cinta itu adalah :

Cinta pd Allah dan Rasul. Sesuatu yg amat bernilai lahir dr hati, ikhlas mencintai orang-orang yg tersayang.., dan seluruh mahlukNya.


11.Saya akan cuba :

Menjadi anak, isteri, ummi dan mahluk tuhan yg terbaik. Masih banyak kekurangan dan perlu diperbaiki dari masa ke semasa.., InsyaAllah.

12.Telefon bimbit saya :

Cik Nokia jer…

13.Bila saya terjaga dari tidur :

Syukur,alhamdulilah masih bernafas dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dari semalam.

14.Saya paling meluat apabila:

Ada orang yg bermuka muka baik, tikam belakang dan tidak jujur dalam segala hal.

15.Pesta/party adalah :

Menggembirakan

16.Haiwan yg paling comel :

Kucing Parsi

17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :

26 tahun – Mendapat gelaran Isteri…, 28 tahun – Bergelar seorang Ibu

18.Hari ini :

Khamis

19.Malam ini saya akan :

Basuh kain, lipat kain, gosok baju keje, makan dan tidur… jgn lupa solat…
Rasa letih sungguh badan ini...


20.Esok pula saya akan :

Macam biasa hantar anak ke pengasuh, gi keje dan lepak2 jer kat opis….


21.Saya betul2 inginkan :

Kebahgiaan Dunia n Akhirat, kesejahteraan dalam keluarga dan hidup besederhana.

22.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pg ini :

Tak terkata apa2 sebab nak cepat-cepat jer, tak sempat nak belek mukaku ini…. Huhuhu… Yg nyata makin gebu dan bulat jer……

Rasa cam nak TAG sape yer…. Saja jer nak korek rahsia dia lak.. Saja suker2 jer tu pun kalau sudi… hehehe… terima kasih semua...


Saljuqaseh.blogspot

Noorsafone.blogspot

Chekiyah.blogspot.

hambakerdil.blogspot