Thursday, May 6, 2010

Ahli Syurga

Salam...
Aduhai sedih dan sayu rasa hati ini bila membaca dan melihat berita pg ini. Sekali lagi bayi yg tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan dibuang begitu saja oleh manusia yg tidak berhati perut. Zuriat yg dikandung 9 bulan ini dibuang seperti sampah. Dimanakah rasa kasih sayang kita sebagai manusia yg berakal...

Allah melihat setiap perbuatan kita didunia ini, tidakkah kita takut dengan azab api neraka..... Adakkah bayi ini akan memohon kpd Allah agar mengampunkan dosa2 ibubapa dan minta dikeluarkan dr api neraka...... belum pasti..... Bayi ini telah bahgia menjadi ahli syurga..... Subhanallah.

Bertaubatlah kawan2ku.. janganlah kau tambah dosa atas apa yg telah engkau lakukan. Sekiranya kita tak mampu atau malu utk memeliharanya janganlah dibuang atau dibunuh... hantarlah dia ke tempat yg sepatutnya. Masih ramai lagi manusia diluar sana yg sangat2 memerlukannya.

Berapa ramai ibubapa diluar sana yg lama kepingin untuk mendapatkan cahayamata dan sanggup berhabis beribu-ribu untuk memilikinya. Janganlah kita terlalu zalim memperlakukan sebegitu ke atas darah daging kita sendiri. Kita malu dengan manusia tapi tidak malukah kita dengan Allah.


1 comment: