Wednesday, October 27, 2010

Apa yg dikejar?

Kereta idamanku... tak lah tipu jer..., rasanyer penah naik lar ehhh dalam mimpi jer....muehehehe... Bila berada di atas jangan lupa DIRI...., Jangan mengambil kesempatan, Jangan merampas hak orang lain, Jangan menganiaya orang, Jangan menyakiti hati orang. Jadilah manusia yang berjaya Dunia dan Akhirat.
Bila berada di bawah biarlah kita naik dengan cara yang baik, ikhlas dan telus.


Wow emas syioknya kalau dapat.... lebih 90g jangan lupa kuar zakat. Satu keperluan tak dalam kehidupan agak2.... orang pompuan memang suker ni, tapi kalau takder jangan ler sedih. Ni untuk hiasan jerr... lebih baik takder dari ada...., ehhh nape lak camtu??? kalau ada alhamdulillah, simpan baik-baik.


Alahai banyaknyer duit nak gi soping jap... eh taknak lah nak gi bercuti cuci mata naik belon.... hahaha... satu keperluan dalam hidup kita.... banyak atau sikit wajib kita cari dan akan berusaha untuk mendapatkannya. TETAPI sumber yg kita dapat, harta yg kita kutip hari2 tu samada banyak atau sikit akan dipersoal nanti di akhirat kelak. Orang miskin tetapi taat perintah Allah dan sabar akan ujiannya akan mudah masuk syurga. TETAPI orang kaya yg berharta, taat perintah Allah akan tetap ditanya dan lambat masuk syurga kerana HARTANYA.... nauzubillah... hidup besederhana dan Allah tidak suka orang yg meminta-minta selainNYA.



Masa bercinta semuanyer indah belaka..., tapi harus diingat status yang kita ada...., jangan lupa DIRI nanti memakan diri.... aduh seksanya. Mungkin kita boleh menipu orang tapi kita tidak boleh menipu TUHAN. Mulut kata lain HATI kata lain. Kepercayaan dan keizinan yang diberi jangan diperlekehkan.....

Jangan bermain dengan API nanti membakar DIRI!





Tiada lagi pujuk rayu, hilai tawa..., kata manis padah pujangga... hanya yang ada Air Mata pengubat Lara... kasihlah aku peluklah aku. Aku ingin lari tapi makin aku lari makin jauh aku rasakan...., sob sob sob....

Yang Dikejar Tak Dapat... Yang Dikendong Berciciran...

Bersusah-susah Di Dunia bersenang-senang DI SANA

Carilah Sinar Carilah Cahaya InsyAllah Pasti ADA




nota diri: tiada kena mengena dengan diri penulis hanya catatan mengisi memori kehidupanku. Muhasabah Diri menguatkan Keimanan. Setiap pagi nonton rancangan Tanyalah Ustaz diTV9 banyak isu2 dan tajuk yg menarik dibincangkan. Membuatkan aku ketawa seorang diri apabila terkena batang hidung sendrik.... hehehe.

2 comments:

  1. Salam Zura..betul tu ketiga2 harta diatas amat diperlukan tp gunakanlah ia dengan sebaik2nya..x banyak sekadar dapat merasa cukup memadai..hehehehehe..kalau dapat banyak kena ingt org2 yn memerlukan..

    ReplyDelete
  2. Wsalam CT,

    Tima kasih sudi dtg...., yelah semua tu pentingkan dalam kehidupan. Dalam rezeki ada juga hak orang lain tanpa kita sedari. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yg diberi tuhan samada sikit atau banyak.

    Ada juga orang kata kerana rezeki masuk neraka..., takut juga bila mendengarnya. Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan tersebut.InsyAllah.

    ReplyDelete