Sunday, May 30, 2010

Nak gi makan...

Semalam hari sabtu aku keje giliran hubby plak jaga anak. Balik tgh sampai umah aku malas nak masak terus ajak hubby gi makan luar. Hubby tanya nak makan kat mana? aku kata mana2 jelah... Lapar sebab tadi sarapan roti jerrr... huhu...

Drebar tgh kusyuk cari tempat makan...


"annis nak makan apa?" soalku... "nak kepci", aku kata tak molah yg lain... "kentang", Dia tak pandai cakap McD...
kalau dia sebut kentang maksudnya dia nak makan kat McD...

Si ayah layankan jer kehendak anaknya...







Budak kecik ni kalau pergi sini bukan nak makan sangat pun lebihnya nak main je. Kalau tak dilayankan mau meraung sepanjang jalan....

Layankan jugak le setengah jam pastu tak mo balik la plak....

Wednesday, May 26, 2010

Kelemahan Iman

Assalamualaikum...

Contoh-contoh akhlak Rasulullah saw :

1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt

-Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.

-Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-amalan sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa sunat, zikir, istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya.

2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia

-Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, soaial, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda : "Rumahku Adalah Syurgaku."


FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK
a) Persekitaran
Faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Antaranya ialah :
-Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.
-Kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka.
-Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.
-Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya.
-Budaya masyarakat yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjeba dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.

b) Nafsu
Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak :

-Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa.

-Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji.
-Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa.
-Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.
-Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang.
-Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita.
-Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita.
-Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Wallahu a'lam IslamGRID.com.my


p/s: Sebagai rujukan diriku, kadang2 aku tersasar dr landasan dan moga akhlakku dapat diperbaiki dr hari ke hari. Bercakap perkara2 yg baik tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak. Hati mudah menjadi keras kalau tak disirami dengan tawadduk kpd Allah... Astaghfirullahalzim... Maafkan Daku.

Monday, May 24, 2010

Sambal Goreng Jawa...


Sambal Goreng Jawa


Ayam Goreng Berserai

Semalam aku masak simple je, malas la plak nak bersilat lama-lama kat dapor tu. Sebab bila tgh jer mula nak ngadap TV lama2... tengok jalan2 cari makan lar, melodi, nona nyer lagi. K layan jer apa yang aku masak ni... Sambal goreng jawa tapi masak ikut stok bahan yg ada je. Kalau nak resepi mintak ngan blogger sweetie2010... dia awal 15thn kawen (jawa banting) dp aku mesti dah pakar tu, ko penah masak tak kak kalau tak penah sian ler cik abg tu yerrr.

Kalau nak lagi sedap kita cuba tanya mak-et kat johor tu mesti pakar dalam masak sambal goreng ni kan. Mak-et meh sini kongsi resepi sambal goreng kamu tu... wakkaka..

Aku menjak dah kawen org jawa suker plak makan sambal goreng ni. Dan selalu gak buat utk santapan kuarga.

p/s- rasanya sweetie2010 dah tak layan kot sambal goreng jawa ni sebab dah tukar selera ma... jgn marah ye kak nanti kena jual kat padang pasir... hehe...




Sarapan pagi yang indahhhh...

Sarapan pagi dihujung minggu, aku wat goreng keledek jer. Sabtu malam aku cuba buat brownies coklat tapi telebih geseng la plak... tapi rasa tetap maintain sedappp.. kena cuba lagi pasni... tapi sayang gambar blurr la plak, aduh......

Gulai Pucuk Ubi Kayu

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia


Masak lemak pucuk ubi. Sayur ni mak yang bawak aritu dr kg sib baik lom monopose, kalau tak masak kecik ati dia erk. "mak, adik dah masak ni gulai pucuk ubi dah lama sangat tak makan"... cam mak aku baca jer entry ni erk.. haha... ok lah aku masak ler pucuk ubi jurai... sedap lemak2 pedas gitu.

Nak letak resepi cam mls jer, sebab org kat luar tu lebih pakar dalam bab masak ni... huhu...


Ni lauk puteri kesayangan Hamba... ahaks

Ni juadah hari sabtu. Hubby keje plak, tinggal la aku ngan annis je bedua. Keje 1/2 hari jer bukan lama mana pun, ngada2 lak aku nikan. Lepas mengemas dan membasuh segala bagai... bersilat plak ke dapor untuk masak makan tgh ni....





Kombinasi yang sesuai tak kengkawan... hehe...
sambal colek tempoyak tetap tak tinggal tu. Wakkaka.... Layanzzzzz


Bubur Jagung

Alamak gambar blurr laa plak...


Ni juadah minum petang ari Ahad yg lalu, Jagung ni pun mak yang bagi.

Resepi...

2 tongkol jagung
5 sudu besar gula puteh
1 mangkuk santan (dr 1/2 biji kelapa)
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Jagung diracik/potong dr tongkolnye dan direbus ngan sedikit air. Masukkan santan dan bahan2 yg lain. Bila santan mendidih tutup api jangan lama sangat nanti jagung lembik tak sedap. Bila makan krup krap krup krap, wah sedap nyer. Buat lak Teh O panas....

Sunday, May 23, 2010

Hebatnya Al Quran


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Al quran yg telah dimamah oleh si anai-anai yg nakal. Tapi aku begitu teruja melihat ayat-ayat suci al quran yg masih elok dan masih boleh dibaca. Subhanallah, memang hebatkan ciptaan Allah ni sedangkan haiwan pun pandai menghormatinya.


Sajer2 nak kongsi maklumat yg aku petik dr emailku....

Jika anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah, seharusnya panggil exterminator profesional. Buat sendiri amat payah.


Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, saya berikan tips.


Kenal Anai-Anai
1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati

2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang .... Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.
3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.

6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.

Dah kenal. Maka tiba masa
mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita:
1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas.
2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah
3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.
4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.
6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.
7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.
8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.

Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.


Tiba masa untuk buat kubu pertahanan. Kalau nak cantik, suruh kontraktor yang buat.

> Buat kubu pasir sekeliling rumah
atau sekeliling bahagian rumah yang jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. Jarak dalam beberapa inci lah dari bahagian tu.
> Gali 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar.

> Masukkan pasir yang saiznya standard iaitu diameter
1mm majoritinya. Kalau pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. Mesti saiz tu. Sebab kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh lalu kat celah.
> Tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak disukai anai-anai.
> Sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang telah dicampurkan serbuk BORAX. (
NOTA:BORAX ni dulu banyak digunakan oleh pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon dan Cina. Dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salahsatu punca Barah Hati).
> BORAX tak bunuh terus anai-anai. Apabila anai-anai suap-menyuap serat kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. Bila BORAX masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. Lalu anai-anai mati kerana kekurangan zat.

Pembasmian anai-anai yang telahpun berhimpun di dalam rumah:
Panggil pakar. Ni kerja susah.


Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



Assalammualaikum dan Selamat Hari Guru

Di ucapkan kepada seluruh guru-guru di Malaysia terutama kepada cikgu2 yg pernah mendidik aku suatu masa dahulu. Jasa dan pengorbananmu amat bermakna dalam hidupku akan dikenang sepanjang zaman. Terima kasih cikgu.

Thursday, May 13, 2010

Rebus2 jerk....

Salam Jumaat,

Tak kuar makan ke kengkawan, nape diet ke?... makan apa tgh ni? hehe...

Kebetulan malam td ipar aku antar mak kat umah aku, saje datang rindu cucu katanya. Tapi bukan sebab dah lama aku tak balik kg ok. Umah mak ngan umah aku tak jauh makan masa 40minit je... Tak tau nak masa apa utk mak mkn tgh ni, aku nak blk tgh cam mls je... hehe...





Ni je lauk yg sempat aku masak untuk mak pagi ni. Ikan kembung masak stim dan sayur siew park choy (tul ke..) masak sos tiram. Tak dan nak msk byk2 tak sempat... pasni nak gi keje plak...

"masa aku tgh besiap nak gi kerja, sambil memujuk annis utk mandi... aku pun cakaplah ngan mak nanti tgh makanlah, adik dah masak".. kalau ikut selera mak yg sebenarnya dia lebih suka masak lemak cili api...

Tapi skang keadaan dah tak mengizinkan untuk mak makan pedas2 dan yg berlemak-lemak. Mak pun pernah menjalani pembedahan kecil buang batu karang dan hempedu mak dah tak de. Kalau aku masak mesti yg rebus2 je, aku ckp penapis mak dah tak der jadi tak leh makan sebarangan..

Mak pun dah ada mcm2 sakit dengan darah tinggi, kolestrol skit, jantung nye... aritu disebabkan terlampau jaga makan sampai mak jadi pitam sebab kurang makan dok hospital seremban 2 malam... Doktor kata low pressure ler plak... kawal makan salah, terlebih makan pun salah........ abih camno... sabar yolah...

Usia mak pun dah 72thn... Semoga mak diberi kesihatan oleh allah...

Kalau nak makan gulai2 tu boleh tapi sikit2 je, mak kata Ok... hehe. Sian mak tak leh makan cam dulu2.


p/s- arini annis tak nak gi umah pengasuh nak dok ngan nenek katanya, ok lah jgn nakal2 tau nanti nenek penat. Ummi ptg baru balik.

Sunday, May 9, 2010

Nasi Ayam Special


"Selamat Hari Ibu(Ummi), semoga panjang umur dan murah rezeki"... Annis kata. Hari ini annis masak untuk Ummi yerrr... senang jerk, Nasi Ayam Special khas utk Ummi... waaaa ye ke annis yg masak ni.



Sebenarnya hari ini adalah hari Ibu, hajat dihati nak kuar makan dan jenjalan tapi hujan lebat ler plak... Alhamdulillah.. sejuk sikit.

Aku pun masak ler apa yang ada, sejuk2 ni makan sup sedap tapi tengok stok daun sup tak der... masa ni la terasa nak tanam daun sup ler plak... haha..

Aku pun masak la nasi ayam kegemaran orang umah ni. Senang keje erk.

"ayah, ummi cepat lar meh makan... lapar ni..."
ok, jom makan......

Ni masa makan hujan betul2 lebat ler kat luar tu......



Aku buat gak bergedil sebagai tambahan, saje2 syedap ler plak... buat sendiri lg puas makan...

Sape2 yang lom makan meh la dtg ada lg tu kat dapor... amek je mana2 suker...

Ok lah layanzzzzzzzzzzz...........




Thursday, May 6, 2010

Ahli Syurga

Salam...
Aduhai sedih dan sayu rasa hati ini bila membaca dan melihat berita pg ini. Sekali lagi bayi yg tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan dibuang begitu saja oleh manusia yg tidak berhati perut. Zuriat yg dikandung 9 bulan ini dibuang seperti sampah. Dimanakah rasa kasih sayang kita sebagai manusia yg berakal...

Allah melihat setiap perbuatan kita didunia ini, tidakkah kita takut dengan azab api neraka..... Adakkah bayi ini akan memohon kpd Allah agar mengampunkan dosa2 ibubapa dan minta dikeluarkan dr api neraka...... belum pasti..... Bayi ini telah bahgia menjadi ahli syurga..... Subhanallah.

Bertaubatlah kawan2ku.. janganlah kau tambah dosa atas apa yg telah engkau lakukan. Sekiranya kita tak mampu atau malu utk memeliharanya janganlah dibuang atau dibunuh... hantarlah dia ke tempat yg sepatutnya. Masih ramai lagi manusia diluar sana yg sangat2 memerlukannya.

Berapa ramai ibubapa diluar sana yg lama kepingin untuk mendapatkan cahayamata dan sanggup berhabis beribu-ribu untuk memilikinya. Janganlah kita terlalu zalim memperlakukan sebegitu ke atas darah daging kita sendiri. Kita malu dengan manusia tapi tidak malukah kita dengan Allah.


Kisah Tauladan

Salam, sedikit kisah kehidupan yg aku petik dr emailku... sekarang diakhbar2 harian banyak betul kes suami dera, bunuh dan membuat penganiayaan zahir dan batin terhadap wanita yg bergelah ISTERI...

Sebab musababnyer...

  • Isteri tidak melayan kehendak suami
  • Suami ingin berpoligami
  • Isteri Minta cerai
  • Ada pulak yang bersekongkol ngan anak-anak untuk mendera Ibu mereka

Banyak lagi perkara-perkara berfaedah yg boleh dilakukan dan carilah penyelesaian yg terbaik. Dan tolong lah wahai para suami janganlah buat begitu kpd isteri anda... Isteri adalah Amanah dp Allah. Terjawab kah engkau akan tanggungjawab yg telah engkau abaikan didunia ini........ Subhanallah


Berdasarkan kisah benar...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja
bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya
diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua.
Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah
isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama
dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak
bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan
mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV
supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya
tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya
tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya
makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan
selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa
sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ),
pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau
dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia
merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka,
sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka
sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan
keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia
inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin
sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu
dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak
tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa
ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan
berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan
merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang
sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....
mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu
kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan
kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di
dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia
menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia
meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik
dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat
butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu
ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta
untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru
acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah
tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang
kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan
sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan
luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia
sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh
hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia
memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan
ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit
... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah
di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala
kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Kisah yang wajar kita teladani.

Salam juang 165,

AHMAD YANI ABD MANAF (Karangkraf)
Alumni Eksekutif Angkatan 41 Jkt.