Salam, harini Jumaatkan...
Jumaat minggu lepas, sebelah malam saya ada menonton Tanyalah Ustazah TV9.
Penceramah: Prof Dr Muhaya binti Mohamed
Pakar Perunding Mata dan Inspirasi
**********************************
Ilmu untuk dikongsi bersama...
Saya tak tulis secara detail tapi secara ringkas dr pemahaman sendiri.
a) Kalau kita dikritik, dihina, diumpat anggap ianya satu feedback. Jika betul terima sebagai satu teguran yg positif. Kita perbaiki diri dan banyak muhasabah. Tapi sekiranya perkara itu tidak betul, kita jangan sedih, marah dan berdendam. Kita doakan kebahgiaan untuknya. Yang lebih penting adalah kasih sayang dan kepercayaan Allah pada kita.
Kita jangan mudah mengalah atau lemah, mesti mempunyai jatidiri yg kuat dan lebih penting adalah sabar. Apa saja yg berlaku, kita serahkan pada Allah. Segala-galanya dari Allah, Saya (Dr) sendiri sebagai seorang doktor mata pun sebelum membuat sebarang tugasan/pembedahan perlu minta izin suami dan berzikir pd Allah. Sebab Allah yg gerakkan otak, tangan, mata saya jadi siapa kita untuk mendabik dada dan sombong. Anggaplah teguran dari manusia itu adalah teguran dari Allah..., mungkin dulu kita pernah mengumpat orang kini kita pulak yg diumpat...
b) Merungut..., mengeluh..., akhirnya kita akan menyesal. Sebab apa jadi begini..., sebab hati tidak tenang. Rasa kita hebat orang lain tidak...., sentiasa rasa tidak puashati. Dengki dengan apa yg orang lain ada. Apa saja perbuatan, pekerjaan mesti inginkan pujian sedangkan kita lupa apa saja kebaikan yg kita buat dengan ikhlas pasti mendapat ganjaran dari Allah.
Sehebat manapun kita didunia ini... kita perlu banyak2 bersyukur pd Allah...
c) Mulut saya jer jahat tapi hati saya baik... TIPU... Apa yg dibicarakan dimulut itulah mencerminkan hati... samada kotor, keladak atau suci bersih. Seluruh anggota kita ini dikawal oleh sistem saraf... semuanya dikawal oleh otak.... oleh itu kita kena menjaga hati kita dengan baik. Jangan sesekali menyakiti hati orang, cakap jangan menengking-nengking..., tutur kata yg baik itu adalah yg terbaik.
Langkah untuk menjadi hati yang tenang:-
1) Ilmu - untuk mendidik jiwa
2) Agama mesti kuat
3) Akhlak mesti baik
4) Perhubungan dengan manusia mesti baik teutama ibubapa, adik-beradik, jiran2...
5) Buat baik dengan suami ( mesti selalu minta maaf)
6) Mujahadah
7) Buat amalan sunah dan banyak lagi
******************************************
Banyak lagi kupasan dan persoalan yg telah dijawab tapi ni jer yg saya ambik berat sebab selalu berlaku dalam kehidupan saya seharian.
Bila tengok cara Prof ni bercakap rasa sejuk je hati dan menusuk ke kalbu. Cakap dengan penuh etika, lemah lembut tapi tegas... eee suker betul tengok. Banyak betul ilmu yg dikongsikan dan ada juger yg terkena kat diri saya ni... tapi tulah nak mempraktikan kat diri je yg cam susah... hai, entahla susah kadang2 tu sebab ujian kita setiap manusiakan tak sama....
No comments:
Post a Comment