Friday, April 2, 2010

Ketua Bidadari Syurga

Assallammualaikum......... Sekuntum bunga Mawar yg sangat cantik dan sejuk mata memandang. Aku ingin mendekatinya dan menghidu baunye yg sangat harum tapi aku takut walaupun sekuntum bunga yg cantik tapi ianya berduri dan durinye boleh menusuk kejari jemariku...

Bunga ibarat seperti wanita ianya cantik, harum tapi penuh dengan kelembutan dan bila disentuh akan layu dan berguguranlah ia ke bumi. Wanita sangat memelihara kesucian diri dan sangat lemah bila dinodai. Adakah bunga berduri itu sudah disentuh kumbang atau masih suci didahannya.... atau sudah busuk dihisap madunya oleh sang kumbang dan ditinggalkan layu didahan yg rapuh...

Aku ingin menjadi sekuntum bunga yang mekar, harum, kuat didahan(berdiri teguh dengan Iman) dan sangat patuh kepada Penciptanya(Allah) dan Penjaga yg menyuntingnya ditaman (Suami). Sesungguhnya hidup diakhir zaman ini penuh dengan cabaran, dugaan, rintangan....... Dengan gejala anak luar nikah yang boleh dikatakan sangat menakutkan... Mengapa mudahnya kita untuk menunjukkan cinta kepada seorang bernama lelaki yang belum menjadi hak kita (suami), menyerahkan segala maruah diri, tidak takutkah kita dengan azab api neraka... seksaan dialam barzakh demi kelazatan nafsu.....

Aduhhh aku juga mempunyai seorang anak perempuan. Aku risau semasa remajanya esok adakah aku masih bernafas untuk mendidik dia menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aku sentiasa berdoa semoga dia menjadi seorang muslimah Islam(bunga Idaman Agama). Adakah dia akan menjadi seorang yang tegar untuk dinasihati atau menconteng arang kemukaku suatu ari nanti? Ya Allah bantulah aku dalam menguruskan zuriatku agar mati dalam Keimanan dan Ketaqwaan...

Siapakah Aku? Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba2 aku menangis merenung sifat diri.

Ya Allah jadikan aku bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kekotoran, jadikan aku muslimah solehah(Moga diriku seperti Siti Khadijah, Aisyah, Fatimah ra)... InsyaAllah.

Isteri yang solehah akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan menjadi Ketua Bidadari Syurga. SubhanaAllah...

Walaupun Aku tidak layak ke Syurga Mu tapi Aku tidak Sanggup pula untuk ke Neraka Mu.....


No comments:

Post a Comment