Thursday, July 1, 2010

Alhamdulillah, syukur

Salam semua,

Peringatan! - tak paksa baca yerr sbb citer telalu meleret....


Sekarang aku rasa sangat terharu bercampur gembira kerana.... semua perkara yg selama ini bermain difikiran sudah dpt dirungkai dan dikendalikan dengan baik. Aku tak nafikan rezeki itu dr Allah dan kalau bukan kat sini mungkin ditempat lain. TAPI... tempat baru tak sama dengan tempat yang lama, suasana kerja, majikan yang baik, kawan2 yg baik juga walaupun pendapatan yg aku terima tidak seberapa berbaloi dengan tugas dan kelayakkan aku...

Kini syarikat ini sudah kembali ke asalnya, semenjak pemergian pengarah urusan(ninggal dunia) aku rasa sedih sangat sbb Dia seorang yg sgt2 baik hati... Dia tidak sombong dan mahu berborak dgn kakitangan bawahannya... Dia yg sakit teruk tp khabarku dan anakku yg ditanyanya... Dato' Dr Ir Muha b Hj Pandak Ahmad Jasa Baikmu tidak akan aku lupakan hingga akhir hayatku, semoga Allah merahmatimu disana Amin...

Sepanjang ketiadaan beliau diganti oleh Abangnya dan sykt kami bergabung, 6bulan berada dlm pimpinannya aku tetap gembira dan bersyukur kerna syarikat boleh hidup seperti biasa walaupun ada sedikit ketidakpuas hatian itu namun terima kasih juga kuucap kpd beliau.
Tp sayang dengan sekelip mata sekali lg syarikat tepaksa dibubarkan semula atas beberapa masalah. Sedih juga rasa di hati kerana tepaksa bepisah pula dgn kakitangan yg sblh sana...

Sekarang aku benar2 lega sedikit atas pengalihan sykt yg baru tp masih diasaskan oleh pengarah lama yg lain (sblm ni ada 2 org pengarah).... Apapun harapan aku semoga sykt ni terus hidup dan bersaing maju secara sihat hingga ke mercu yg tertinggi.... Arwah pun mesti gembira melihat apa yg berlaku ni...

Selama 10thn aku bekerja disini macam2 pengalaman idup yg aku tempuh dr aku anak dara skang dah jd ibu... mcm2 pekara yg belaku, benar2 mendewasakan aku. Yg pahit, manis, gelagat kwn2 n bos, kelakar, lucu, sedih, citer2 panas semua ada... tapi kwn2 yg telah besara 8thn yg lalu still contact aku tanya khabar dan perihal sykt ini temasuk yg begelar prinsipal suatu masa dulu. Nak citer lbh2 pun takut berdosa sbb termasuk bab ngumpat2 ni la yg aku paling takut... hahaha...

Tapi disebabkan sykt ni adalah M&E Consultant for construction maka ramailah org lelaki yg keje kat sini pompuan pun ada gak. Tp diorg mmg best n sporting giler. Apa saja citer mmg kami sentiasa kongsi besama tiada rahsia (hal keje la), diorg pecayakan aku sbb aku takkan sampaikan ke pihak atasan cukup sampai disitu jerrr, Huhu...

Tu lah kan kalau kita ikhlas bekerja, tak berpura-pura baik, yg sepatutnya dpt tak dpt, biarlah pembahagian itu sama rata, tidak ada pilih kasih(bulu), suker kipas bos... org keliling memerhatikan jer gelagat kita, org bkn suker diorg benci, nyampah, meluat dan sbgainya... Kita yg makan cili tak leh nak slhkan org... sebab diorg ada pendapat diorg sendiri... betul atau tak kita yg harus perbaiki diri sendiri. Bg aku baik buruk kita org yg nampak n nilai. Aku sendiri pun jadi takut kalau2 ada tindakan atau perbuatan aku yg diorg tak suker....

Tepok Dada Tanya Iman... Begitu juga dgn kehidupan Dulu dr kecik kita Hidup Susah skang kita berubah dah Senang sikit walau tak kaya mana... alhamdulillah. Tapi kalau dulu kita sedikit senang tp makin lama makin susah, itu adalah ujian... adakah kita yg pilih jln itu atau suratan... Tp aku bangga mana2 kwn yg benti dr Sykt ni smua dah berjaya dan kaya raya... Tu semua rezki atas kesabaran dan ketabahan Diorg dulu.

p/s: coretan ini adalah utk peringatan aku apabila berada di atas jgn lupa org bwh, bekerja biarlah ikhlas, jgn lakukan pekara yg tidak baik, rezki yg dicari adalah utk kuarga(skang keje x byk takut dpt rezki tak halal la plak) asik mengular jerrr. Apapun pesanan utk pengurusan baru buatlah yg terbaik utk sykt ini. Jangan biarkan kakitangan sentiasa dalam tidak kepuashatian... memang sukar utk majikan penuhi setiap tuntutan tapi biarlah ADIL. Cam aku ni keje tak seberapa gaji pun bos takut nak naikkan haha... Apapun Terima Kasih Semua.

Aku nak tanya korang yg bekeja, camne cara bos panggil korang? adakah panggil nama atau bg isyarat kenyit mata jerr hihi.......sajer suker2.


4 comments:

  1. Salam,

    Yang pergi tidakkan kembali. kita teruskan usaha ya. chayok2. Moga rezeki kita terus dilimpahkan oleh swt dan syarikat akan maju dan terus maju.

    ReplyDelete
  2. HUAAAAA...SEDIH2...USAH DIKENANG PADA YANG TELAH PERGI..HANYA MEMBUAT KITA SEDIH HATI...BUKA LEMBARAN BARU..SEMUGA ALLAH AKAN MEMBERKATI KITA SEMUA..AMIN...

    ReplyDelete
  3. Wsalam sweetie,
    Huhu, InsyaAllah...

    Saljuqaseh,
    Mekasih kak sudi singgah sini. Hilang tiada gantinya....

    ReplyDelete