Thursday, April 29, 2010

Spaghettik Bolongas & Chicken Wing


Tekak ni rasa cam nak makan western la pulok. Nak gi pizza hut hut cam tak dan je sebab lom gaji... haha...sabar jelah. Lalu aku pun merajinkan ler diri ni untuk masak spaghettik ni... Ni menu ari Selasa malam, tok sah mintak yer dik... udah pinish.

Makan nasi ari2 pun jemu gak, sesekali makan cmni pun sedap weiii. Cepat dan mudah...senang keje. Kang nak basuh baju dan gosok baju lagik... aduhhh kain yg kering pun lom sempat lerr aku nak lipat. Nak soh hubby beli mesin lipat kain la ada jual tak... aku dah melalut.... layanzzzzzzzzzzz


Senang sangat nak masak ni, ikut rentak aku lerr... hehe...

Bahan2nya:-

Spaghetti
Sos Kimball Cendawan
Sos Cili Thai (sebab tak letak lada benggala, hubby tak syuker)
Buah Tomato (dicincang)
Daging Cincang (aku guna burger Ramly)
Bawang besar dan puteh
Sedikit minyak

Spaghetti direbus hingga lembut dan ditoskan. Tumis bawang besar dan puteh, masukkan daging pastu masukkan bhn2 yg lain renehkan... kalau agak pekat masukkan air ikut kepekatannya... dah siap. Sempoi je aku nye tak sama cm org lain... sodap gak....

Chicken wing

4 ketul kepak ayam (gaulkan ngan garam + kunyit)
Bwg bsr + bwg puteh + serai + sos lada hitam (dikisar halus)
Masukkan bhn kisar kedlm ayam (perap seketika)
Bila nak bakar masukkan 1 sudu bsr madu dan bakar dlm oven... siap

Tuesday, April 27, 2010

Nasi Goreng Udang.......

Hari ahad adalah hari kemalasan untuk aku, lepas solat subuh ingatkan nak jogging setempat wat exercise skit. Tapi semua nye hampeh... mata tu sayu2 je soh tidur balik, selimut dan bantal pun menyahut-nyahut je soh tidur.

Pelagi tengok annis pun tidur lagi, aku pun tumpang sekaki.... burok pangai ummi ni erk. Ayah plak pg2 dah mandi, dia kata nak ngecat kayu pagar luar. Tu klu rajin mmg cmtu tapi klu malas dia sambung tidur balik.... sabar jelah aku.

Bila terjaga dah kul 9, pelagi... pikir nak wat apalak utk sarapan ni. Ni ada org keje kuat so akupun wat la nasi goreng je sonang. Aku letak cili api, annis makan selamber je..... idung ayah yg meleleh......... haha...... anak minang lah katakan.

Bila dah kenyang... sambung keje msg2 semula. Aku plak gi blkg umah tgk2 hasil tanaman ku itew..... daun kunyit, daun kari semua hidup... suker2 tapiiiiiiiiiiii daun pandan ku dah mati. Tulah aritu terletak kat kawasan panas la plak aduhhh siannya. Lupa nak siram mati kering la dia disitu... pokok limau nipis dan limau purut pun dah naik ngan segarnya......... bila nak buah ni lama dah tunggu...... Nanti senang aku tepek gambar diorang erkkkk...

Skang bila nak masak petik jerk blkg umah, tak yah gi kedai semata-mata nak beli selai daun kunyit.... klu masak tom yam petik je daun limau purut ku yg segar itew. Aku penah tanam serai atas tanah tapi kucing suker tekucil kat situ aduhhh........ sabar jelah. Pastu terus aku punahkan ia. Bila blk kg aku amek serai mak byk2 wat stok. Ok lah...... layanzzzzzzzz


Makan-makan....


Sebenarnya hari sabtu lps dah janji ngan kakakku nak pegi kenduri umah sepupu ada majlis bertunang... last2 tak jadi pegi lak sebab suamiku keje, kalau pegi mesti lar lambat kan nak kena tunggu dia balik. Tup tup, akak tepon kata tak jadi pegi dia nak OT... Kojo la kak, cari duit banyak2 yer anak buah dan cucu nak tambah lagi ni... bkn anak aku (anak abgku)... Aku taun depan kot..... haha....

Terpaksa ler aku ke dapor godek2 apa yg patut untuk dimakan tgh ni........ Kang hubby balik angkat tudung saji kosong je........ Sian laporrrrrrrrrr. Layanzzzzzzzz




Ni menu ari sabtu, tak tau nak masak apa... konon2 nak diet tapi dugaan mkn tu sungguh bsr le bg tekak aku ni ha. Lauk pauk simple camni pun buat aku makan bertambah-tambah... Hai SDII bantulah aku utk kurus.

Lagi2 tempoyak ikan bilis tu pun dicicah ngan timun aduhhhhhhhhh sedapnye la hai. Tapi cik hubby tak mkn ler tempoyak tu, aku je yg bedal sorang2...

Aku masak sotong kicap, sayur bendir bertelur, tempoyak ikan bilis dan ulam timun... jangan mintak kak dah abis masuk peyot.... layanzzzzzzzzzzz

Ni masa mkn tgh ngan hubby, annis tgh tidur... dia dah kenyang makan mee goreng aku masak sikit utk sarapan tadi. Aku tumpang sekaki je, lupa lak nak amek gambar.

Monday, April 26, 2010

Mee Hailam....


Salam,

Dah makan ke? Ni menu ari jumaat mlm yg lepas. Balik keje sampai umah, pening jap nak masak apa? Sbnrnya Aku ni tgh diet tp klu tak masak kang sian plak kat hubby n anakku itew...

Ni lah keje org pompuan selain kojo kat opis blk umah kena masak dan kena pikir nak msk apa? Tapi aku klu malas tahap gaban dah dtg aku msk je simple dimple camni ha..... abis citer. Janji kenyang...

Bang, annis jom makan......

"Makan jelah Yang tak yah diet2, wat penat je"...... uwaaa....... pe lagi tak tunggu dah bedal sepinggan.... Licin



Wah wah....... Annis tgh baca doa mkn. "Syedap
nyerr Ummi, nanti masak lagi yerrr". Anakku ini klu makan Mee laju jer tp klu mkn nasi ntah bila2 nak abis. Letih la aku nak pujuk soh makan. Susah tul, camne la nak gemok Nis. Ummi yg tgh diet ni pun tmbh selera mkn.. entah lerrrr.

Dah layanzzzzzzzzzz........ urggggghhhhhhh kenyang, Alhamdulillah.






Nak resepi ke? tak yah la kot semua org dah pandai masak, aku lebur je segala bhn2.... masak ler tu.

Ni menu ari jumaat mlm minggu lps dah abis selamat masuk alam flora... wakakka. Sape2 yg tingin tu gi dapor masak klu tak gi kedai je order...

Tak tau nak panggil apa... Sizzling Mee atau Mee Hailam...... Layanzzzzzzzz

Sodap abis sepiyuk 3 beranak makan....


Friday, April 9, 2010

Pesanan Untuk Diriku....



Pesanan Ummu Hakim kepada puterinya pada malam pertama perkahwinannya :


" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."


" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :


1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.


2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.


3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.


4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.


5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.


6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.

" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."


-Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb-



Thursday, April 8, 2010

Peringkat-Peringkat Isteri


Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur. Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu. Jika diberi sekalipun dia menolak bahkan adakalanya sesuatu yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Inilah golongan isteri yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, umpama hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Sesuatu yang tidak perlu, tidak akan dimintanya bahkan sekiranya suami memberi yang sesuatu tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Inilah golongan muqarrobin. Golongan ini juga sukar untuk dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah. Inilah adalah golongan orang yang soleh.

Isteri Fasiqin

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.

Inilah dia golongan yang fasiq. Golongan isteri seperti ini selalu sahaja menderhaka kepada suami, apatah lagi dengan Allah SWT. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuatkan suaminya selalu dalam keadaan serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diturutkan, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, shopping menjadi kelaziman.


Na-mun demikian tidak juga berasa puas dan berasa cukup. Pelbagai kehendak terpaksa dituruti. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang seperti air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelora. Lama-kelamaan bercerai menjadi jalan penyelesaian.

Sekalipun penceraian tidak menjadi demi menjaga air muka dan maruah keluarga ataupun hendak menjaga nama baik dan kedudukan ataupun tidak mahu melihat anak-anak menjadi porak peranda, yang demikian, apalah ertinya rumahtangga yang sebegitu rupa. Ke manakah hilangnya keindahan dan kenikmatan berumahtangga. Apalah bahagianya andai gelombang dan gelora krisis tidak pernah berhenti dan tenang.

Apalah yang akan terjadi kepada anak-anak melihat ibu bapa mereka yang sentiasa bertelagah seperti anjing dengan kucing.
Semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling cinta mencintai antara satu sama lain.

Sebagaimana dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Rasululllah SAW bersabda,
"Di sekitar Arsy terdapat menara-menara daripada cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Bahkan para nabi dan syuhada' iri terhadap mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, Mereka adalah orang-orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah."

P/S : Untuk yang bergelar isteri, di manakah tahap kita ??.
Sumber: tinta-aisya.blogspot.com


Tuesday, April 6, 2010

Kehilangan.........





Assalamualaikum......

Kasih sayang selalu berada disekelilig kita kasih sayang ibubapa, suami isteri, anak2, adik beradik, saudara mara, kwn2 dan seluruh umat islam... Kadang2 kita selalu alpa dengan hubungan kasih sayang yg ada setelah berlakunya perpisahan baru kita akan rasa kesedihan... Perpisahan ketika hidup mungkin tidak terlalu berat tapi perpisahan kematian amat memeritkan... Yang lebih menyedihkan lagi apabila mak dan ayah kita yg pergi kepada penciptanya.

Tahun 1985 ketika usia ku 6 tahun, Jam 3.00ptg lbh krg Abah yang sangat aku sayangi telah pergi menemui Ilahi. Dia pergi betul2 menunggu kakak2 dan abangku pulang dr sekolah, tapi mereka tidak sempat berada disisinya yg ada hanyalah ibu dan makcikku (kakak Abah yg sulong). Sedangkan aku masih belum puas lg untuk bermanja dengannya.. Ketika itu aku tidak tahu apa itu kematian... kulihat semua org menangis termasuk ibuku dan adik beradik (aku sorang saje yg tak menangis).

Ketika Abah hendak dikafankan aku berada di bhgn dapur blkg umah tak tau nape... sebab orang ramai sgt aku nyorok. Kakak aku cari pastu soh pergi atas untuk kucup dahi Abah utk kali terakhir... Aku ikut saje apa yg diorg buat. Aku mmg manja ngan Abah sbb aku anak yg bongsu dr 4 beradik (3 perempuan 1 lelaki). Jarak umur ngan abang 6 thn. Abahku seorang yg penyayang, Ibuku seorang yg sgt garang tp sangat baik hati (garang sbb utk mendidik anak biar jd orang)... Jadi aku lebih rapat dengan Abah, bila aku menangis aku akan panggil Abah sampai aku benti nangis (bkn utk dipujuk tp saje2 panggil).

Esoknya ibuku buat kenduri tahlil utk mlm kedua, siangnya aku menangis tak tau nape... aku nangis sambil panggil abah... ketika itu orang ramai dirumahku sebab tlg masak bila mereka dgr aku nangis sambil panggil Abah semua org pun turut nangis sian kat aku Abah dah takde... Ibuku pujuk aku ckp Abah dah takde... mungkin aku dah diam. Makcik (kakak abah) ckp jgn selalu sakat aku... nanti aku nangis. Lama2 aku dpt terima hakikat yg Abah dah takde.. bila aku dah masuk sekolah.. baru aku tau apa itu kematian. Aku selalu rindukan kasih sayang Abah.

Ya Allah kau tempatkanlah Arwah bapaku dikalangan orang2 yang beriman dan
hindarilah Dia dari seksaan kubur... Amin.

Aku tau kisah mak dan abah tidak abis2 dilanda dugaan dan ujian, kesusahan mencari rezeki, perihal ibu kandung(nenekku sblh mak) karenah anak2 tiri, perebutan harta pusaka yg sekangkang kera, Anak2 yg derhaka(blh adik beradik tiri)... Setelah Abah pergi semuanya tergalas dibahu ibuku...

Segala kelengkapan kehidupan kami, mak yg menguruskannya walaupun terpaksa bergolok bergadai... Kesihatan mak yg sangat2 sedih utk diceritakan(duit abis utk perubatan moden dan tradisional). Tapi ibuku memang seorang yg sabar dan tabah tanpa suami disisi. Kakak yg sulong terpaksa bekerja untuk menyara kami... Diikuti kakak yg kedua selepas SPM... Hanya abang saje yg berjaya dalam pelajaran kini bertugas di LHDN (lulusan Arkitek). Aku boleh berjaya tapi sebab malas mengatasi segalanya hancus... Gagal sekali tidak bermakna selamanya gagal....

Kini Alhamdulillah setelah 30thn berlalu kami 4 beradik hampir mencapai kebahgiaan dalam hidup masing2... Tentu Abah gembira melihat anak2 dia sekarang ooohhh sedihnye. Ibuku juga sekarang lebih bahgia dr dulu melihat anak2 dan cucu cicit yg sgt ramai. Aku sentiasa ingin gembirakan hati Ibuku... apa saje yg Dia inginkan pasti akan aku tunaikan, InsyaAllah. Sebab dulu masa kecilku aku suka melawan cakap ibuku (minta maaf mak dulu belum matang... hehe). Aku byk menyusahkan Ibuku dlm byk hal. Kdg2 mak bila tertekan akan lepaskan kemarahan Dia kat aku. Aku sedih sangat2.......... Banyak pekara yg menyakitkan hati terjadi pd mak tapi mak sangat2 kuat hadapi semua masalah itu.

Teringat pulak aku dikejar oleh mak dengan rotan sebab asik2 mintak duit...(sbb kat sek keb slalu sgt org wat promosi jual buku la dan ntah apa2 lg, blk umah mntk duit ngan mak). Sian mak takper skang Adik dah bayar tiap2 bln ganti blk duit mak(gurau jerk) mmg aku dp start keje dulu dah bg mak belanja.. Tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapa, Anak solehah(perasan ler tu)... Skang bila dah jadi Ibu aku dah tau mcm mana mak begitu susah membesarkan kami tanpa Abah. Sebab tu aku jenis x memilih makan apa saje mak masak akan aku telan tanpa sekali pun merungut. Skang pun cmtu tolak batu ngan kayu jerr (burok pangai).

Tu jer citer kehilangan, pastu aku hilang pakwe( sedih gak sbb dah lama berkwn) tak der jodoh cmne... Aku klu becinta mmg setia x gheti psg sparepart bila putus pdn muka.. kwn2 aku selamba je putus cinta sbb ada yg stndby... saborje ler. Tapi aku x lawo pakwe x ramai takper aku x kesah. Skang da kawen mintak2 tu ler smpai akhirat, msk neraka pun ngan Dia nak msk syurga tu pun nak ngan Dia gak... InsyaAllah. Aku cuba nak jd kuat cm ibuku sabar, tabah, kuat, tapi kdg2 aku lemah gak la... pastu nangis... (tp x panggil abah dah, nangis sedu2 jerk.. huhu...)

Bila anak aku wat perangai aku selalu hilang sabar garang nak mampos, laki aku cool je... aku je yg tejerit jerit cm org giler... sian anak aku. Ari2 kena cubit pastu Dia cubit aku plak... ooo melawan err. Oh lupa lom matang lg nanti dah besar berubah jd baik cm Ummi erk (wah2 perasan)....

Semasa remajaku banyak lagi kisah/benda2 yg hilang dan menyakitkan hati tapi itu pekara remeh temeh, jangan di ingat lagi... Biarkan menjadi memori dalam kehidupanku... Sangat sedih untuk diceritakan tapi itulah yg mendewasakan aku...

Sesuatu Yg Hilang Dlm Hidup Kita........ Pandanglah Kebaikan Dia Yg Satu dp Seribu Keburukkannyer... Manusia Tidak Sempurna Kejadiaannyer.....



p/s- kalau blh aku tak nak la anak2 aku ada adik beradik tiri ni, serik dah aku mempunyai adik beradik tiri yg bodoh lg hampeh ni. Aku sedih pd anak2 sekarang yg sudi menghantar ibubapa mereka umah kebajikan dan ada yg tak ngaku ibubapa kandung. Lupakah kita atas jasa2 mereka membesarkan kita, Redha ibubapa adalah doa buat kebahgiaan kita. Hidup ini seperti BOLA.......... Tidak selamanya kita berada di atas...


Friday, April 2, 2010

Ketua Bidadari Syurga

Assallammualaikum......... Sekuntum bunga Mawar yg sangat cantik dan sejuk mata memandang. Aku ingin mendekatinya dan menghidu baunye yg sangat harum tapi aku takut walaupun sekuntum bunga yg cantik tapi ianya berduri dan durinye boleh menusuk kejari jemariku...

Bunga ibarat seperti wanita ianya cantik, harum tapi penuh dengan kelembutan dan bila disentuh akan layu dan berguguranlah ia ke bumi. Wanita sangat memelihara kesucian diri dan sangat lemah bila dinodai. Adakah bunga berduri itu sudah disentuh kumbang atau masih suci didahannya.... atau sudah busuk dihisap madunya oleh sang kumbang dan ditinggalkan layu didahan yg rapuh...

Aku ingin menjadi sekuntum bunga yang mekar, harum, kuat didahan(berdiri teguh dengan Iman) dan sangat patuh kepada Penciptanya(Allah) dan Penjaga yg menyuntingnya ditaman (Suami). Sesungguhnya hidup diakhir zaman ini penuh dengan cabaran, dugaan, rintangan....... Dengan gejala anak luar nikah yang boleh dikatakan sangat menakutkan... Mengapa mudahnya kita untuk menunjukkan cinta kepada seorang bernama lelaki yang belum menjadi hak kita (suami), menyerahkan segala maruah diri, tidak takutkah kita dengan azab api neraka... seksaan dialam barzakh demi kelazatan nafsu.....

Aduhhh aku juga mempunyai seorang anak perempuan. Aku risau semasa remajanya esok adakah aku masih bernafas untuk mendidik dia menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aku sentiasa berdoa semoga dia menjadi seorang muslimah Islam(bunga Idaman Agama). Adakah dia akan menjadi seorang yang tegar untuk dinasihati atau menconteng arang kemukaku suatu ari nanti? Ya Allah bantulah aku dalam menguruskan zuriatku agar mati dalam Keimanan dan Ketaqwaan...

Siapakah Aku? Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba2 aku menangis merenung sifat diri.

Ya Allah jadikan aku bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kekotoran, jadikan aku muslimah solehah(Moga diriku seperti Siti Khadijah, Aisyah, Fatimah ra)... InsyaAllah.

Isteri yang solehah akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan menjadi Ketua Bidadari Syurga. SubhanaAllah...

Walaupun Aku tidak layak ke Syurga Mu tapi Aku tidak Sanggup pula untuk ke Neraka Mu.....