Tuesday, March 29, 2011

Dunia Hanyalah Sementara

Dunia hanyalah tempat persinggahan...

2, 3 hari ini aku banyak menjengah blog2 yg aku tidak berapa kenal pemiliknya. Dunia hanya sementara… akhirat jua kekal ABADI. Kebetulan aku terbaca satu blog yg sangat cantik cara penulisannya tapi sayang penulisnya telah kembali pada penciptaNya. Alfatihah buat arwah nafastari. Seorang suami yg baik, penyayang dan sentiasa membahgiakan keluarganya kini telah pergi kepada penciptaNya....

Lebih menyedihkan lagi meninggalkan seorang isteri dan 2 org cahayamata yg masih kecil…. Kini aku selalu menjenguk blog isteri beliau mawar nafastari. Dia kemalangan dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah … ditempatkan dikalangan org yg beriman. Semoga mawar isterinya tabah menghadapi ujian ini. Apa saja coretan isterinya membuat aku sering mengalirkan airmata, sedih sangat walaupun aku tidak mengenali beliau sekeluarga..

Aku selalu berfikir, sekiranya aku berada ditempat beliau... tabah dan sabarkah aku untuk mengharunginya tanpa orang yang tersayang. Tapi sesungguhNya janji Allah itu pasti... suami atau isteri yg sabar dalam ujiannya tetap menjadi suami isteri di Syurga nanti, InsyaAllah...

Suami, Isteri, anak, ibu, bapa adalah pinjaman, Dia beri dan Dia ambil semula Haknya.... MATI ITU PASTI... buatlah yg terbaik kepada mereka selagi hayat di kandung badan. Aku juga pernah kehilangan orang tersayang ketika aku masih kecil seusia umur 6 tahun... Semoga arwah bapaku ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...



3 comments:

  1. salam..mungkin kerana mawar nafastari, kita juga ditakdirkan berkenalan di dunia maya ini...
    salam perkenalan...;)

    ReplyDelete
  2. Assalam..sayunya baca..betul tu kadang2 saya pun selalu terpk kuatkah aku mengahdapi sesuatu yg kita kena hadapi seperti cerita diatas seorang diri untuk mengahadapi hari2 mendtg@bagaimanakah keadaan anak2ku jika ditakdirkan umurku x panjang..semoga ALLAH panjangkan umur kita untuk mendidik anak2 dan berbakti kepada ibubapa jgk beribadah kepada ALLAH,AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    ReplyDelete
  3. zakiyah zainon,

    Waalaikummusalam... terima kasih sudi singgah dan salam perkenalan jua dari saya.

    Siti Indrawati,

    Waalaikummussalam..., betul mak-et sesungguhnya hidup penuh dengan dugaan hanya ketabahan dan kesabaran jua yg kita pinta.

    ReplyDelete