Wednesday, June 22, 2011

zuriat yang berkat

Aku baru jer lepas jenguk blog kak ina.., ummuhusna99.blogspot.com…… berkenaan nilai seutas gelang emas. Ya kita sebagai muslimah wajib menjaga aurat walau dalam apa keadaan. Kita berpakaian tapi seperti telanjang, ish takut jugakkan kalau dengar camtu. Kita rasa dah cukup betul untuk kita berpakaian sopan dan menutup aurat tapi rupanya tak mencapai piawaian rupanya…. Hehehe…. Tak lawak.

Yer betul kekadang kita pakai tshirt lengan pendek, suar jeans ketat dan bertudung rasa macam dah ok rupanya tak ok… aku masih lemah tapi sekarang dah cuba ubah sikit2…. Tudung yang mahal, berenda-renda mengikut trend skang pun tak boleh… tapi yg penting niat kita betul tak… Besederhana itu lebih baik dan jangan berlumba-lumba sape paling cantik.

Berbalik kepada blog tadi, menceritakan kisah seorang muslimah yg hendak bersalin perlu mencari doktor perempuan untuk memeriksanya. Seperti yg kita tahu hanya hospital bayar sahaja yg bila nak bersalin diuruskan sepenuhnya oleh doktor perempuan. Tapi kalau kita betul2 tak mampu, macam mana pula?...., seorang sahabat tu sanggup menggadaikan emasnya demi bersalin di hospital bayar bagi mendapatkan khidmat Dr Perempuan, masyAllah hebat demi untuk zuriat yg berkat. Aku sangat terharu, membaca kisah beliau.

Hospital kerajaan biasanya ada yg dikendalikan doktor perempuan atau lelaki ikut nasib2 la. Doktor pelatih pun kebanyakannya lelaki juga didedahkan aurat wanita untuk pembelajaran mereka. Ish malu tau sebenarnya…, tapi dimana hak kita? Tapi kalau dah sakit berserah je lah kitakan.

Pengalamanku

Alhamdulillah, semasa bersalin anak yg pertama di hospital serdang…, dari mula masuk hingga selesai semua diuruskan olah nurse dan Doktor perempuan.. Ada seorang doktor pelatih yg check bukaan terakhir aku sebelum ditolak ke bilik bedah tu pun perempuan (Cina) nasib baik. Doktor pakar bius pun perempuan dan sangat muda, aku lak rasa macam tak confident… boleh ke doktor ni inject aku ni…, takutnya. Semua yg menguruskan aku semuanya bangsa melayu dan perempuan kecuali doktor pelatih.

Di bilik OT aku rasa sangat takut, tapi nurse2 tu kata jangan takut buat macam biasa, takder apa sekejap jer… diorg tenangkan aku dan check tekanan darah. Doktor juga akan bagitau yg dia dah nak bius, so aku pun baca apa yg patut…. Bila baby dah kuar dan nurse tunjukkan kat aku jantinanya, dia tanya aku nampak tak.., aku angguk dan dia suruh sebut baby apa? bahagian bawah tgh jahit kot…semua dah selesai… hikhik… aku yg kesejukkan. Sebelum doktor beredar, aku sempat mengucapkan terima kasih dan tersenyum padanya. Nurse2 pun sangat-sangat baik belaka, aku rasa cam kawan aku je bila dia tolak aku ruang lain untuk rehat bagi stabil, langsung aku tak takut. Baby dah dibawa keluar bilik OT untuk diserahkan pada suami untuk diqamatkan.

Selepas 45 minit kot aku ditolak keluar sampai pintu dan ada 2 orang nurse yg menunggu untuk dibawa ke wad. Emak, suami dan baby menunggu aku di luar juger…, hehe mcm di airport lak baru keluar pintu ketibaan, ada orang sambut diluar. Selepas 5 hari anak masuk NICU, hospital serdang juger sebab jaundis (kuning) pun diuruskan oleh doktor perempuan. Nasib baik 2 malam jer… Alhamdulillah.

Kini daku sentiasa berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat melahirkan zuriat yg ke-2. Kalau boleh biarlah doktor yg mengendalikan nanti semuanya perempuan. Bukan apa kita perempuan, tidak sepatutnya diuruskan oleh Dr lelaki. Tapi zaman dulu-dulu Dr perempuan memang kurang berbanding sekarang. Di hospital kerajaan kebanyakannya bagi hal-hal bersalin diuruskan oleh Dr Lelaki. Kita yg tak mampu ke hospital bayar, banyak tawakal dan berserah pada Allah. Boleh ke dianggap darurat. Sekarang mungkin di hospital kerajaan, hal-hal bersalin diambil alih oleh Dr Perempuan, perubahan secara perlahan-lahan atau mengikut hospital masing-masing.

No comments:

Post a Comment