Tuesday, July 13, 2010

Padah Berkata-kata

Mengumpat Yang Dibenarkan


salam sejahtera

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat
adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1.
Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2.
Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencegahnya dari terus melakukannya.

3.
Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4.
Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5.
Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6.
Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.

Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.

Nota Kaki : Terima kasih Ustaz atas ilmu untuk dikongsi bersama. Mengumpat adalah berdosa seperti makan daging saudara sendiri. Dosanya lebih besar dari orang yang berzina. Lidah seperti pedang yang boleh menghancurkan hubungan persaudaraan. Begitu juga dalam kehidupan kita tidak lari dr semua ini.

Aku lebih suker kalau orang buat teguran, sindiran, sapa menyapa secara terbuka. Kerana dr situ mungkin kita akan terasa sedih, pilu, dan rasa macam orang tu terlalu baik untuk menilai kehidupan org lain sedangkan diri meraka sendiri masih terkapa kapai. Apapun aku terima dgn hati yg terbuka... aku akan perbaiki diri ku sendiri mungkin betul apa yg dikata, aku dah tersasar jauh, leka, lalai dalam kehidupan yg fana dan sementara ini...

Aku tidak mahu menjadi Hati Kering apabila orang berkata, sindir menyindir, org tu ngumpat kita... Persoalannya Kenapa? Mesti ada SEBAB... kalau tak Dia yg BERDOSA, Adakah kita mahu org tu mintak maaf dengan kita. Kita jangan terlalu cepat melatah, kita hidup dikelilingi mahluk Allah... mereka nampak dan nilai. "cik Embun semalam aku nampak anak kau yg Boy tu merokok".... adakah kita nak melenting org kata pasal anak kita?.

Aku setakat ni hidup berjiran, alhamdulillah sebab satu baris kiri kanan umah tu semua dari bangsa cina... selamat dr umpat ngumpat. Di barisan depan plak ada satu buah umah melayu dan pangkat kakak la dah gi Makkah pun dan jiran2 belah kiri kanan dia pun bangsa cina maka selamatlah kami dari kata mengata ni.... kalau nak masuk atau kuar umah hanya cakap Hai, Hello, Good Morning dan kdg2 borak lar skit2 jerrr. Untung bila raya cina Anak aku dpt byk Angpau dan limau... hahaha.... Begitulah kehidupan....

Kalau kita nak bergurau pun biarlah bg contoh yg munasabah.... "nasib baik akak tak ngorat laki adik ke laki cik orkid ke?" apa yer aku nak jwb nape tak sebut laki org lain jerrr aduhhhhh......... Kalau betul2 kita tak ada niat nak ngorat laki org nape kita nak bg cth camtu.... Aku jarang sangat bergurau benda2 yg tak betul dr betul cth "oh hari ni khamis la malam jumaat akak zura suker la tu leh M......, eh apa lak akak lak, Pn Dahlia la" (sbb baru kawen setahun lbh) tu pun nak terasa patutnyer suker....

"Pn Ros, sian la kat arwah kan tak dpt kawen 2, nape tanya akak lak? arwah tu suker kat pelakon rozita tu... mrmm.... dari niat nak bergurau terus ada yg bergaduh kang... mampos aku. Entah ar mcm2 lar kehidupan tu belom aku citer psl gaduh adik beradik lg tu mau 4hari 4malam tak abis aku ngomel... ahahaha...

Kalau kita masak kadang2 kita terkena percikkan minyak panas, tengah potong2 bawang terhiris sekali jari jemari kita yg halus mulus tu, tengah pakok2 ayam tepakok ibu jari kita.... "aduhhhh siksanya nak masak erk.... tak yah lar masak benci la dah ler letih ni" kita marah tak? ke nak cincang2 ayam tu lumat2.... nape nak marahkan tu atas kelalaian sendiri. Camni ler kita hidup seharian dr berbual bual, bergurau gurau, usik mengusik terus terkesima.

Aku selalu menangis tapi bukan depan org, Kat mana? dalam bilik air, dalam bilik, dalam kereta, kat dapur..... huhu semua SALAH.... Dari kecik hingga kini mcm2 yg berlaku tapi tu semua mendewasakan malah jadi panduan dlm hidup aku. AKu tidak lari dr sindiran, umpat keji, kata mengata, fitnah dan sebagainya.... Kat siapa aku ngadu kat Ibu, Bapa, Suami, Anak, Adik beradik, saudara mara, kwn2.... BETUL tapi Tak Semua Pekara, kat siapa?....
p/s: Aku selalu rasa tersindir dgn mereka yg selalu ke surau, anak2 kecik dah diajar solat tanpa disuruh pandai buat sendiri, solat maghrib (fadhu) bejemaah ngan anak2, hidup penuh dengan aman damai. Lebih suker sindiran dalam bentuk perbuatan dari perkataan....

2 comments:

  1. Salam,

    Semoga hidup adik sekeluarga sentiasa diberkati.InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak sweetie,

    Terima kasih atas doa tersebut, apa yg ada hanyalah kehidupan. Semoga kita sama-sama diberkati dunia hingga akhirat.

    Kita ni Insan yg lemah tidak lari dr membuat kesilapan.

    ReplyDelete